Wednesday, 21 May 2014

DOAKU UNTUKMU..

ya Allah ya Tuhanku,

Seandainya dia adalah jodohku ya Allah, Kau bukakanlah hati dia ya Allah untuk menerimaku ya Allah.
Kau dekatkanlah hati dia denganku ya Allah, Kau permudahkanlah jodohku dengan dia ya Allah serta Kau satukanlah kami ya Allah dalam satu ikatan suci ya Allah iaitu ikatan perkahwinan..

ya Allah ya Rahman ya Rahim,

Seandainya dia bukan jodohku ya Allah, Kau kurniakanlah padaku ketenangan dalam menerima ketentuan yang telah Kau tetapkan untuk diriku diatas muka bumi ini ya Allah. Dan aku mohon padaMu ya Allah Kau pertemukanlah aku dengan insan yang benar-benar ikhlas boleh menerimaku dengan seadanya aku ya Allah, taat pada perintahMu ya Allah, serta mampu untuk membimbing keluarga yang bakal bersatu nanti kejalan yang Kau redhai..

Amin Ya Rabal Al Amin..