-MAY 2010-
“ABANG betul-betul maksudkan ke bila abang cakap nak kahwin dengan Zarith hari tu?” Dia inginkan kepastian dari lelaki itu. Hairi terdiam, memang dia pernah berjanji kerana rasa bersalahnya pada perempuan itu namun bagaimana hendak dia terangkan bahawa kini dia tidak dapat menepati janjinya kerana telah berkahwin dengan Alisya? Hairi tidak sampai hati.
“Kenapa tanya macam tu? Ke Zarith dah ada pilihan lain? Kalau dah ada abang
terima. Takpe.”
Hairi sengaja menduga mungkin dengan itu Zarith sendiri yang akan menolaknya.Zarith serba salah, dia kini diambang dilema antara Hairi dan Nasrul. Nasrul amat menyayanginya tapi jika Hairi menjadi miliknya merupakan satu kemenangan baginya.
“Eh..tak,tak..Zarith tanya je, mana tau abang main-main je.” Hairi akur, ternyata Zarith benar-benar mahu berkahwin dengannya.
No comments:
Post a Comment