-JULY 2012-
Dua tahun kemudian...
-I-
Selepas pernikahan Hairi dan Zarith, Alisya hilang entah kemana. Walaupun puas Hairi mencarinya di merata tempat. Tiada siapa yang tahu keberadaan Alisya kecuali keluarganya. Alisya telah meminta dirahsiakan dari semua. Dia kini berada di Johor Bharu, walaupun sukar untuknya meneruskan kehidupannya bersama kedua anaknya tanpa seorang lelaki bergelar suami dan ayah kepada anak-anaknya, namun demi anak-anaknya dia terpaksa kuat.
Kini Ain dan Aiman telah berusia hampir tiga tahun. Setiap kali melihat anaknya, Alisya pasti teringatkan Adam.
“Mungkin Adam dah besar dah sekarang ni. Macam mana agaknya Hairi jaga Adam?” bisik hatinya. Kerana tidak mahu mengganggu kebahagiaan Zarith dan Hairi, Alisya tidak langsung menghubungi mereka. Perit rasanya kerana terpaksa membiarkan anak sendiri membesar tapi bukan di depan matanya. Mungkin Adam akan membencinya kerana meninggalkannya.
Pada setiap hujung minggu, Alisya pasti membawa kedua-dua anaknya ke pantai. Hanya masa itu digunakan untuk meluangkan masa bersama mereka.
“Sayang,main kat sini je tau.”
Melihat kedua-dua anaknya begitu gembira sekali Alisya bahagia. Walaupun cemburu bila melihat pasangan yang bahagia bersama anak-anak mereka sedangkan keluarganya tidak lengkap. Kini hatinya telah tertutup untuk memerima mana-mana lelaki lagi dalam hidupnya.
Sedang dia terleka, tanpa disedari Aiman menuju ke arah laut kerana mengejar ketam. Seorang lelaki yang melihat terus berlari mengambil budak lelaki itu.
“Ya Allah..anak sape dibiarkan je ni. Mak ayah mana?” tanya lelaki itu. walaupun masih belum petah berbahasa, namun Aiman menunjuk ke arah ibunya.
“Ma..ma”
lelaki itu segera menuju ke arah Alisya.
“Puan? Ini anak puan ke?” sapa lelaki itu. Alisya yang sedang mengelamun tersedar dari lamunannya. Melihat lelaki itu, alisya terkejut. Kemudian dia rebah disitu. Lelaki itu terkejut.
“Eh..puan? kenapa ni? Bangun puan?” lelaki itu cuba mengejutkannya. Begitu juga dengan anak-anaknya yang menangis melihat ibu mereka pengsan.
“Ma..ma.”
anak-anaknya memanggilnya sambil mengerak-gerakkan tubuh Alisya. Tapi masih tidak sedarkan diri. Lelaki itu buntu.
“Papa kamu mana? Ayah kamu?” cuba bertanya kepada mereka. Kedua-duanya tidak mengerti. Irzham cuba melihat kad pengenalan untuk mencari alamat wanita itu tetapi ternyata dia bukan berasal dari Johor.
Kerana jarak hospital yang agak jauh di bandar, lelaki itu membawa Alisya pulang kerumahnya. Memandangkan tiada yang mengenali Alisya.
“Siapa kau bawak ni Ham? Kenapa dengan dia?” tanya En Zaidi ayah kepada lelaki itu, Ahmad Irzham.
“Dia pengsan ayah tapi Ham tak tahu siapa. Jadi Ham bawak balik, ni anak-anak dia.”
En Zaidi mengambil air lalu dibacakan ayat-ayat Al-Quran kemudian direnjis dimuka Alisya.
Selepas beberapa saat, Alisya tersedar bila mukanya terkena air itu tadi.
“Err..kat mana ni. Anak-anak saya mana?” Sebaik sahaja Alisya sedar dia mencari-cari anak-anaknya.
“Alhamdulillah kamu dah sedar. Kamu kat rumah pakcik. Anak-anak kamu ada dengan anak pakcik. Dia yang bawak kamu katanya kamu pengsan.” Terang lelaki separuh umur itu.
“Er..maaflah menyusahkan pakcik.”
Tidak lama kemudian Irzham muncul.
“Abang?” ternyata Alisya tidak bermimpi. “Tapi..tak mungkin.”
Alisya cuba meyakinkan hatinya. Mana mungkin itu Idzham sedangkan Idzham telah meninggal tiga tahun lepas di depan matanya sendiri.
“Kenapa ni? Ham? Kamu kenal dia ke?” tanya En Zaidi lagi.
“Macam mana nak kenal baru je jumpa tadi. Er..puan kenal saya ke?” tanya Irzham yang sedang membawa kedua-dua anak Alisya.
“Mama.” Alisya memeluk anak-anaknya.
“Nama kamu siapa? pakcik orang panggil Pak Di je, tu Irzham anak pakcik.” Kenalnya pada Alisya.
“Irzham?” Alisya terkejut, kerana bukan sahaja wajah yang hampir sama tetapi nama mereka juga hampir sama.
“Saya Alisya. Yang ni Ain dan Aiman anak kembar saya. Maaflah tadi saya terkejut kerana
muka Irzham seiras arwah suami saya. Izdham.”
En Zaidi terkejut.
“Idzham? Maksud kamu Ahmad Idzham bin Zaidi?” dia ingin tahu.
“Ya pakcik. Macam mana pakcik...” Alisya tersentak, mungkinkah? Patutlah anak yang dilahirkan kembar ternyata Idzham mempunyai kembar.
Alisya bermalam disitu kerana banyak yang dia ingin tahu. Memandangkan En Zaidi dan Irzham ke masjid, Alisya telah menyiapkan makanan buat mereka. Selesai memasak Alisya mengemas rumah itu sementara menunggu mereka balik. Memandangkan kedua anaknya telah tidur.
“Nanti isya tidur dalam bilik ni ye, budak-budak saya dah angkat.” Jelas Irzham. Memang sama dengan Idzham, bisik hati Alisya.
Keesokannya, selepas bersarapan bersama En Zaidi melihat kedua cucu-cucunya yang sedang asyik bermain bersama Irzham. Jelas kegembiraan pada kanak-kanak itu.
“Kamu balik petang ni ye” pinta En Zaidi kepada Alisya. Dia ingin menghabiskan masa bersama cucu-cucunya.
“Besok dah kerja dah.” Jawab Alisya.
“Tengok mereka tu, mesra betul.”
Melihat anak-anaknya yang sedang seronok bermain bersama Irzham.
“Arwah dulu tak sempat tengok anak-anak dia. Budak-budak ni pun membesar tanpa kenal
ayah mereka. Seronok la aiman dan ain tu. Tak sangka betul boleh jumpa pakcik dan
Abang Irzham kat sini.” Jelas Alisya.
“Perancangan Tuhan tak siapa pun tahu.” Balas En Zaidi lagi, Sementara anak-anaknya bersama Irzham, Alisya berbual dengan lelaki itu, dari situ banyak yang dia tahu.
-II-
Setelah Zarith sah menjadi isteri kepada lelaki lain, Nasrul telah membawa diri ke Ireland untuk melanjutkan pelajarannya. Dia sedang dalam tahun kedua dalam bidang perubatan masih ada lagi baki dua tahun untuk di habiskan.
“Hei..buku tu kalau awak tenung lama-lama boleh hangus tau..” tegur Aina, seorang gadis yang berpewatakan sopan dan santun yang sama kursus dengannya. Sejak awal mereka bertemu sehingga kini, Aina yang selalu bersamanya dan mereka sering mengulangkaji bersama.
“Eh..yeke? pandai-pandai je awak. Saya study tau.” Balas Nasrul berpura-pura sedang membaca buku.
“Yeah right..macam kite tak nampak dia tu.”
Masing-masing ketawa.
Cuti tahunan akan bermula, masing-masing sibuk menyiapkan tugasan sebelum cuti bermula.
“Aina, awak balik kampung tak?” tanya Nasrul. Setiap kali cuti dan ada kelapangan Aina pasti pulang, tetapi sebaliknya dengan Nasrul. Dia banyak menghabiskan cutinya disana.
“Of course balik Nas. Why? Wait, don’t say that this year pun awak tak balik jugak?
Nas? Please?”
Aina tahu Nasrul tidak akan pulang jadi dia mengajak Nasrul pulang bersamanya kekampungnya.
“Okey lah if awak still tak nak balik, but how about awak ikut saya balik kampung saya.
Rasanya sekarang dah musim buah kot. Bet u will like it.” dia cuba mengajaknya.
“Serius ni? Well i think i will accept your offer.”
Ternyata disambut Nasrul. Aina gembira.
No comments:
Post a Comment