-MARCH 2009-
Selepas pengkebumian selesai, Alisya menjadi murung. Hairi turut mengadiri majlis tahlil Idzham. Selepas pada itu Hairi selalu melawat Alisya walaupun Alisya tidak mahu bertemu dengannya. Padanya dia masih tidak boleh memaafkan Hairi diatas kejadian dua tahun lepas.
“Hairi,masuklah.” Pelawa Pn Ainon. Pn Ainon menuju kearah Alisya setelah semua tetamu sampai, dia melihat Alisya yang masih menangis lagi.
“Isya, kita kene redha. Kasihan zham kalau isya masih meratapinya. Dah jangan nangis
lagi tetamu dah sampai, kejap lagi majlis nak mula.” Pujuk Pn Ainon.
Selama seminggu Alisya ditemani Hani dan Raihana. Mereka tahu alisya amat terpukul dengan kematian Idzham sehinggakan mengabaikan adam.
“Isya kau tak kasihan ke kat anak kau, kau langsung tak pedulikan dia sampai terok budak tu menangis pon kau tak endahkan.”
Raihana cuba menasihatkan alisya.
“Betul tu Isya, U have to be strong untuk anak-anak U. I’m sure Iz taknak U macamni.” Sambung Hani lagi.
Sesiapa sahaja yang mengalami nasib yang sama pasti tidak akan menduga, kepergian Idzham membuat Alisya hilang tempat bergantung hidupnya dan anak-anaknya. Dalam pada dia gembira bila mengetahui kehamilannya, dia menerima berita buruk kematian suaminya pula.
“kau tak tahu ana, berat aku nak terima kepergian Idzham. Dia lah segala-galanya pada
aku.” Dalam nada teresak-esak Alisya menjawab.
Alisya melihat adam yang baru berusia lapan bulan yang tidak mengerti apa-apa lagi, dia tahu dia harus kuat demi adam dan anaknya yang bakal lahir nanti.
“Mak, Isya ingat nak kerja la. Mak boleh tolong jagakan Adam?” tanya Alisya pada ibunya. Pn Hajar begitu gembira anaknya dah mula ceria kembali.
“Baguslah. Mak boleh jaga. Tapi isya nak kerja kat sini ke kat KL?” tanya Pn Hajar. Alisya tahu jika dia bekerja di Kuala Lumpur susah untuk dia meninggalkan Adam kerana tiada siapa yang boleh mengasuh anaknya itu.
“Kerja sini je la mak. Isya tak balik dah sana,banyak kenangan abang Izdham kat sana.” Balas Alisya.
Alisya telah diterima bekerja sebagai kerani di salah sebuah syarikat di bandar itu. Dengan jarak hanya lima belas minit sahaja dari rumahnya tidak menjadikan masalah buatnya. Setiap hujung minggu Alisya takkan lupa kerumah keluarga Idzham. Walaupun dia bukan lagi menantu Pn Ainon tapi dia masih menganggap mereka sebagai keluarganya lagi.
“Macam mana keadaan kamu sekarang Isya?” tanya Pn Ainon.
“Alhamdulillah ibu. Ibu pulak? El mana ibu?”
melihat hanya Pn Ainon sahaja dirumah tanpa anak perempuannya, Ilyana. Alisya lebih kasihankan Pn Ainon berbanding dirinya, walaupun dia kehilangan suami tapi Pn Ainon telah kehilangan satu-satunya anak lelakinya dan kini hanya tinggal mereka berdua sahaja.
“El pergi kursus, ibu sorang je kat rumah. Mujur Isya datang bawak Adam takla ibu sunyi.” Balasnya lagi.
No comments:
Post a Comment