RENDANGAN KASIH BAB 6

-MAY 2008-


Sebaik sahaja idzham pergi, hani datang.  
             “Hai..Alisya kan? I’m Hani Halina, panggil hani je ok.” Hani memperkenalkan diri pada alisya.
“Panggil saya Isya je. Kawan sekerja abang idzham kan?     Buat susah hani je,abang tu 
risau sangat. Isya bukan kecik     lagi yang nak kene orang teman.” Rengek alisya. Hani tahu idzham sangat sayang pada alisya. Cemburu hani padanya.
“Untung u kan, iz sayang betul kat u.  By the way dah           brape bulan dah ni?” tanya hani. Walaupun cemburu pada alisya, Hani langsung tidak berdendam dengannya.                
            “Dah masuk 7 bulan.  Lagi dua bulan keluar lah       baby ni.”

Alisya dan hani semakin rapat. Hani banyak bercerita tentang idzham padanya. Dari situ alisya dapat mengagak siapa idzham dihati hani.
Selama tiga hari hani menemani alisya. Baru dia tahu bahawa alisya mengalami amnesia kerana idzham tidak memberitahunya pun.
              “Hani, saya nak mintak maaf pada awak. Kalau  kehadiran saya, awak dan abang 
              putus.” Alisya kesal.
“Kenapa? Lagipun dulu Iz pernah bagitau i yang dia ade     sayang kat someone but I  yang 
paksa dia terima i, tapi   bila      dia cakap dia dah jumpa balik girl tu dan nak kahwin            
dengan girl tu, kiteorang break.” Hani mula bercerita.
Tapi   no wonder la iz            sayang dekat u, u cantik, baik dan      penyayang. Also a good 
wife to him.” Hani tersenyum pada alisya.

Ternyata memang idzham telah lama menyayanginya. Alisya terharu mendengar apa yang hani beritahunya. Tidak sia-sia dia berkahwin dengan idzham walaupun ada hati yang terluka.
           “Terima kasih Hani. insyaAllah saya akan jadi        isteri yang        baik pada dia.”
Alisya begitu bersyukur dan bahagia di samping idzham. Mujurlah hani seorang yang matang dan dapat menghadapinya. Alisya tak pasti jika dia di tempat hani, dapat ke dia menghadapi semua ni?  Namun jika dia tidak kemalangan dan amnesia adakah dia akan sebahagia ini?

Kepulangan idzham amat dinantikan. Alisya menyambut dengan mesra dia tahu dia tidak patut mensia-sia kan lelaki seperti idzham.
            “Sayang..selama abang takde rindu abang tak?” usik idzham. Alisya hanya tersenyum dan diam. Dia malu untuk menyatakan rindunya pada idzham kini dia mula menyayangi idzham.
“Diam je, rindu la tu kan?” tambah idzham lagi.
“Abang, hani tu baik sangat. Dia banyak bercerita    pasal abang.” Alisya sengaja menukar tajuk perbualan mereka. Idzham hanya tersenyum. Dia yakin alisya pun merinduinya cuma tak mahu menyatakannya saja.

Sejak kebelakangan ini alisya selalu bermimpi, dia kerap melihat bayangannya dan semakin dia cuba mengingatinya ia amat menyakitkan. Hal itu dirahsiakannya dari suaminya, dia tidak mahu idzham risau padanya.

Pada keesokannya alisya ke hospital untuk memeriksa kandungannya. Disitu dia melihat seseorang dan serta merta bayangannya pada kejadian kemalangannya muncul. Dan alisya pengsan disitu. Sebaik sahaja dia sedar, alisya telah mengingati segalanya. Dia melihat idzham didepannya. Riak wajah idzham tidak seperti selalu, adakah kerana ingatannya telah pulih?

“Berdasarkan pemeriksaan kami, Pn Alisya telah       sembuh sepenuhnya dari amnesia yang 
di hidapinya. Hal  ini jarang terjadi dalam masa yang begitu singkat.”
Alisya mendengar perbualan Doktor itu bersama idzham. Benarlah ingatannya telah pulih.
“A..bang.” alisya memanggil idzham. Lalu idzham segera pergi padanya.     
“Isya..”
idzham tidak tahu apa yang bakal terjadi. Adakah alisya dapat menerimanya.                                               
            “Isya dah ingat.”
Ternyata alisya benar-benar pulih. Idzham sangat gembira setelah alisya pulih dan dia dapat menerimanya. Tergerak hatinya untuk bertanya alisya tentang anak dalam kandungannya itu, tapi bila memikirkan semula sebaiknya dia tidak menyebut tentang hal itu pada alisya bimbang akan membuatkan alisya sedih.

“Abang..terima kasih sudi terima isya.” Ucap alisya lembut. Sikapnya berubah kepada sikap asalnya. Dia malu pada idzham.
            “Boleh isya tahu, Abang kahwin dengan isya   sebab isya  mengandung kan?” alisya inginkan kepastian. Idzham terdiam. Kini dia sudah tidak boleh sembunyikannya lagi kerana alisya telah pulih. Sebaiknya dia berterus terang saja, bisik hatinya.
“Tapi isya janji jangan marah abang.” Idzham meminta kebenaraan alisya. Dia berharap alisya tidak marah padanya.         
            “Yang sebenarnya isya kemalangan depan rumah     abang. Mulanya abang tak tahu yang             kemalangan tu isya.” Idzham mula bercerita.
“Masa kat hospital doktor cakap isya amnesia dan  dia         jugak cakap isya mengandung.”
Alisya malu pada idzham
          “Dan bila isya   sedar ternyata isya amnesia, pas tu abang      buat keputusan            nikah                    dengan   isya.” Sambungnya lagi.

No comments:

Post a Comment