-NOVEMBER 2012-
-I-
Jam menunjukkan lima pagi dan Alisya terjaga dari tidurnya kerana memang menjadi kebiasaannya untuk bangun pada setiap lima pagi kecuali pada hujung minggu. Sebaik sahaja keluar dari biliknya Alisya terlihat Irzham, kasihan Alisya pada lelaki itu kerana dengan tidak semena-mena dia tidur di luar. Dia kembali mengambil selimutnya lalu diselimutkan Irzham yang sedang tidur bersama anaknya Aiman itu. lalu menuju kedapur untuk menyediakan sarapan untuk mereka sekeluarga.
Jam menunjukkan lima pagi dan Alisya terjaga dari tidurnya kerana memang menjadi kebiasaannya untuk bangun pada setiap lima pagi kecuali pada hujung minggu. Sebaik sahaja keluar dari biliknya Alisya terlihat Irzham, kasihan Alisya pada lelaki itu kerana dengan tidak semena-mena dia tidur di luar. Dia kembali mengambil selimutnya lalu diselimutkan Irzham yang sedang tidur bersama anaknya Aiman itu. lalu menuju kedapur untuk menyediakan sarapan untuk mereka sekeluarga.
“awal kamu bangun.” Sapa En Zaidi. Alisya yang sedang leka didapur sehinggakan tidak menyedari kehadiran bakal bapa mertuanya itu.
“Eh..ayah, terkejut Isya. Erm.dah terbiasa bangun awal. Ayah nak pergi masjid ye?” tanya Alisya. Memang menjadi kebiasaan En Zaidi kerana setiap hari dia lebih tenang bila berjemaah di masjid.
"Ayah pergi dulu ya." En Zaidi berlalu pergi.
Selesai solat Alisya kembali kedapur untuk menyiapkan sarapan. Alisya melihat Irzham melayani anak-anaknya membuatkan hatinya tersentuh, rindu pada arwah Idzham hanya kirimam doa dan al-fatihah yang dapat diberikan. Walaupun hatinya pernah dilukai Hairi, namun kehadiran Irzham kembali mem
-II-
“Barang-barang saya dah siap kemaskan dah.”
“Isya ada cakap tak kenapa dia nak kita pergi sana tu?” tanya En Sulaiman yang hairan dengan anaknya yang tiba-tiba menyuruh mereka ke johor bharu dengan segera.
“Takde bang tapi bunyi macam penting. Kita tunggu la.”
Tidak berapa lama kemudian bunyi hon kenderaan diluar rumah mereka.
“Dah sampai dah Mamat, cepat la. Semua pintu dan tingkap awak dah kunci?”
“Dah. Jomla kan lewat terlepas pulak bas kita.”
Hairi yang kebetulan lalu di depan rumah mereka terlihat kedua-duanya membawa beg seperti hendak pergi ke suatu tempat. Lalu dia pun mengekori kereta yang dinaiki En Sulaiman dan Pn Hajar. ‘kemana mereka nak pergi tu agaknya’ bisik hatinya. Dia kemudian menunggu didalam kereta sehingga bas yang dinaiki mereka berdua bertolak. Sebaik saja bas itu berlalu Hairi segera pergi ke kaunter untuk bertanya.
“Cik, boleh saya tahu bas yang baru bertolak tadi pergi mana ya? Tak sempat nak tengok tadi.”
“Oh..bas ke johor bharu encik.”
“JB? Ok thanks” hairi terkejut. Atas tujuan apa mereka ke johor sedangkan setahunya mereka tiada saudara disana
“Mungkinkah Isya ada kat sana?” pelbagai persoalan mula timbul. Semakin dia memikirkan semakin kuat nalurinya mengatakan Isya ada di sana namun bila melihat Zarith, dia terpaksa menahan keinginannya. Dia tak mahu menyeksa wanita itu lagi. Memandangkan Zarith kini bahagia bersamanya. Cukuplah dia telah melukakan Alisya, dia tak mahu melukakannya buat kali kedua.
Lagi satu setengah jam bas yang mak dan ayahnya naiki akan tiba namun Alisya terlebih dahulu tiba di stesen bus itu.
“Kita pergi minum dulu nak?” Irzham mengajak Alisya “Lagipun lambat lagi ni” sambil melihat jam tangannya.
“Boleh jugak.” Lalu mereka ke kedai yang berhampiran.
Selang setengah jam kemudian, bas yang dinaiki keluarga Alisya tiba di stesen. Pn Hajar dan En Sulaiman tercari-cari anak mereka.
“Mana Isya ni bang?” tanya Pn Hajar sambil tercari-cari anaknya.
“Ha, tu pun dia panjang umur. Baru je sebut.” Balas En Sulaiman yang melihat Alisya menghampiri mereka.
“Assalamualaikum mak, ayah. Fa tak datang sekali ke?” melihat adiknya tiada, Alisya bertanya.
“Adik kamu ada seminar kat langkawi, jadi dia kirim salam kat kamu.”
“Oh...waalaikumsalam. mak, ayah sebelum tu Isya nak kenalkan seseorang.”
Irzham muncul setelah dipanggil Alisya.
“Assalamualaikum..” Irzham menyapa.
“Waalaikumsalam. Idzham? Tapi..” seperti yang dijangkakan reaksi kedua orang tuanya melihat Irzham.
“Mak,ayah jangan terkejut, kenalkan ni Irzham, kita balik rumah dulu pastu Isya akan ceritakan segalanya.”
Majlis kesyukuran berlangsung dengan meriahnya. Kehadiran ibu bapanya amat menggembirakannya cuma sedikit kesal kerana bapanya tidak menjadi wali sewaktu dia dan Irzham dinikahkan.
“Memang saling tak tumpah macam arwah Idzham.” Kata Pn Hajar. Memandangkan ini pernikahan ketiga untuk anaknya itu dia benar-benar berharap Irzham dapat membahagiakan Alisya setelah dikecewakan Hairi.
Selama seminggu ibubapanya berada disana.
“Abang, boleh Isya tanya sikit?”
“Tanya apa? Tanya la”
“Erm..abang tak teringin ke nak jumpa ibu?”
No comments:
Post a Comment