-OGOS 2008-
Alisya ditinggalkan bersama Pn Ainon. Untuk jangka masa dua bulan idzham akan berpisah sementara dengan alisya dan adam yang baru tiga hari bersamanya. Dan selama tempoh berpantang, alisya dijaga rapi oleh Pn Ainon. Ilyana turut sama membantu.
Banyak pantang larang yang perlu di ikut dan selama berada di kampung alisya banyak belajar untuk menjaga bayinya.
“Dah makan jamu yang ibu bagi?” tanya Pn Ainon. Dia begitu mengambil berat pada menantunya itu walaupun pada mulanya dia tidak bekenan pada alisya. Tetapi kini dia amat menyayangi mereka.
“Dah, ibu. Adam mana bu?” setelah melihat adam tiada disebelahnya alisya tertanya-tanya dimana anaknya itu.
“Ada kat depan dengan El. Dah kamu rehat la. Keluarga kamu dah tahu ke belum? Kenapa
tak bagitau mereka.” Alisya mengeleng, entah bagaimana dia nak berdepan dengan keluarganya. Sedangkan dengan ibu mertuanya pun dia masih malu.
Idzham cuba menyibukkan dirinya dengan kerja untuk menghilangkan rindunya pada alisya. “Ai iz, baru seminggu wife you kat kampung, takkan dah rindu kot.” Usik Hani. Dia cemburu pada alisya kerana idzham sangat menyayanginya. Idzham hanya tersenyum, dia tahu Hani terluka. Idzham teringat saat pertama kali bertemu Hani yang mula bekerja sebagai setiausahanya dan hani dengan beraninya meminta idzham untuk menjadi kekasihnya walaupun dihatinya ada insan lain yang bertakhta tapi kerana kesiankan Hani akhirnya dia menerima hani, tapi bila dia kembali bertemu alisya, mujurlah Hani memahaminya bahkan hani telah berkawan rapat dengan alisya.
Idzham mendial nombor alisya,
“Hai, sayang..isya sihat? Adam? Banyak meragam tak?” tanya izdham selepas alisya menjawab panggilannya.
“Hai abang. Isya sihat je tapi adam kuat menangis, rindu abang kot.”
Biarpun dia turut merindui suaminya itu. Panggilan dari idzham memang di tunggu-tunggunya.
“Adam je rindu? Mama Adam tak rindu papa dia ke?” usik idzham. Sejak mempunyai anak dia lebih membahasakan diri sebagai papa dan alisya sebagai mama. Alisya tersenyum malu, mungkin idzham tahu perasaannya.
Melihat alisya yang tersenyum sendiri Pn Ainon yakin idzham telah menghubunginya.
“Amboi, kenapa senyum sorang-sorang macam kerang busuk tu.” Tegurnya yang melihat alisya yang sedang menyusukan adam sambil tersenyum sendiri.
“Ni mesti zham ada call ni.”
Alisya hanya mengangguk, ternyata isi hatinya dapat dibaca oleh wanita itu.
Kini telah masuk sebulan alisya berpantang dikampung, ibubapanya selalu melawatnya dan cucu mereka. Pn Hajar dan En Sulaiman sangat menyayangi adam, maklumlah itu cucu pertama mereka. Begitu juga dengan Pn Ainon. Jadi kehadiran adam telah membawa kebahagiaan pada mereka biarpun adam bukan anak Idzham, tapi seandainya Idzham tidak menikahinya dulu tidak mungkin dia akan disayangi keluarganya lagi. Alisya benar-benar terhutang budi pada Idzham.
Setelah lama berada di rumah mertuanya itu, alisya pergi kerumah ibubapanya pula. Mujurlah keretanya telah dibaiki walaupun kemalangan yang menimpanya sangat teruk tapi dia sangat bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk hidup lagi.
“Kak long nak keluar eh?” tanya Ilyana.
“Nak balik rumah akak. Kenapa el?”
melihat ilyana yang sedang berlari menuju kepadanya.
“El nak keluar boleh tak nak mintak pinjam kete along jap. Nanti El hantar along boleh?”
mujur juga ilyana mahu menghantarnya jadi tidak susah dia membawa adam bersamanya.
No comments:
Post a Comment