RENDANGAN KASIH BAB 3

-DISEMBER 2007-


Setelah hampir tiga minggu koma, akhirnya alisya telah sedar dari komanya dan ternyata dia benar-benar menghidapi amnesia. Sebaik sahaja melihat seluruh ahli keluarganya, tak seorang pun yang di kenalinya.
“Er..saya kat mana ni? Kamu semua siapa?” hanya itu yang terucap sebaik alisya membuka matanya. Sebak hati ibunya melihat anaknya yang tidak mengenalinya.          
            “ni mak sayang, isya kat hospital ni.” Pn Hajar cuba menenangkan anaknya.

Sebaik sahaja alisya sedar dia terus memberitahu idzham.dia tahu idzham mengambil berat tentang alisya kerana selama alisya di hospital idzham lah yang kerap melawatnya. Idzham yang berada di Kuala Lumpur langsung mengambil cuti dan segera pulang untuk melihat alisya. Dia ingin mengambil peluang ini untuk melamar alisya. Kerana jika ditunggu pasti rahsia alisya terbongkar dan hal itu pasti mengecewakan ibubapanya.      

“isya? Macam mana keadaan awak?” tanya idzham.
“mungkin isya tak ingat abang, tapi kita kenal.” Idzham cuba mengingatkan alisya. Walaupun jelas menunjukkan sedaya upaya alisya cuba mengingatinya namun tidak berjaya.                        
“Saya..saya tak ingat, maafkan saya.”
Alisya hanya mendiamkan diri. Kemudian idzham menyampaikan hasratnya untuk menikahi alisya kepada Pn Hajar dan En Sulaiman.                                            

“kamu betul ke ni zham? Dalam keadaan isya sekarang        ni?” En sulaiman tidak menyangka idzham mahu menikahi alisya sedangkan kini alisya amnesia. Walaupun susah untuk dijelaskan tapi dia tetap nekad. Hanya cara ini sahaja dia dapat menyelamatkan maruah alisya. Bila kedua-dua pihak bersetuju, majlis pernikahan mereka telah ditetapkan iaitu pada awal tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment