RENDANGAN KASIH BAB 14

-FEBUARI 2009-


-I-

Zarith Nalia kini bahagia bersama Nasrul. Pertemuannya dengan Nasrul telah membawa sinar baru untuknya selepas Hairi. Pada mulanya hatinya telah tertutup untuk mana-mana lelaki yang cuma hanya inginkan tubuhnya sahaja dan bukan menyayanginya.
Tapi walaubagaimana pun, dia masih mengharapkan Hairi kembali padanya memandangkan kini Alisya telah berkahwin dengan lelaki lain.

Setiap kali pulang ke kampung Zarith Nalia akan cuba menhubungi Hairi.
“Hello?”
selepas Hairi menjawab, dia menjadi kaku. Berulang kali Hairi menjawab barulah dia bersuara.       
            “Err..Hello abang?” dia tidak pasti apakah Hairi masih mengecamnya lagi.
            “Ye? Sape tu?” tanya hairi. Dia langsung tidak mengenali suara itu.
“Zarith abang.”
Hairi terdiam. Ternyata Zarith Nalia masih mencarinya. Hairi cuba berbaik dengan Zarith. Dia telah menyesal pada perbuatannya, sedangkan Alisya telah pergi entah kemana Hairi ingin kembali kepada Zarith.

Sepanjang Zarith Nalia berada di kampung, Hairi sering keluar bersamanya. Zarith Nalia tidak tahu yang Hairi langsung tidak tahu tentang pernikahan Alisya. Dia ingatkan Hairi telah mengetahuinya. Padanya mungkin Hairi telah melupakan Alisya. Jadi dia hanya mendiamkan diri dari bercerita tentang Alisya pada Hairi.



 -II-

“Hello isya. Kau ape khabar? Rindunya aku kat kau.” Tanya Raihana. Semenjak alisya berada di KL susah untuknya bertemu dengan sahabatnya itu. memandangkan Alisya telah bersuami. Dia kini dapat melihat yang Alisya lebih bahagia jika dibandingkan waktu Alisya bersama Hairi.
              “Ana, aku pon rindu kau. Aku baik-baik je. Kau ape citer      wei?’’ soal Alisya pada Raihana.
            “Aku still macam ni je, kau lain la. Isya aku ade hal nak        mintak tolong kau,boleh?” tanyanya lagi.
              “kau boleh tolong aku carik bilik kat tempat dekat     dengan kau boleh, aku dapat tawaran 
             kerja la kat             sane.”Terang raihana.
          “Waah..tahniah ana, bile? Kau duduk rumah aku la sementara. Nanti aku mintak izin 
            idzham.”
Alisya sangat gembira pada sahabatnya. Setelah mendapat keizinan Idzham, alisya hanya menunggu kedatangan Raihana walaupun segan tetapi akirnya Raihana menerima pelawaan alisya.

Mereka menjemput Raihana di stesen bus.
             “Maaflah menyusahkan korang je.”
Raihana sedikit malu pada sahabatnya dan suaminya itu. alisya hanya tersenyum memandang Idzham, mujurlah Idzham bukan jenis yang berkira. Dia betul-betul bahagia Idzham menjadi suaminya.
            “Eh..tak langsung la, sebaliknya saya lagi suke. Ade la   jugak rakan nak borak isya ni selain 
          Adam tu. Ni dapat   kerja kat mane?” soal idzham lagi. Alisya hanya tersenyum kembali pada Idzham sambil melihat adam yang dipangku Raihana.



-III- 

Pada awalnya zarith Nalia cuba merahsiakan tentang penyakitnya dari pengetahuan Hairi tetapi kerana mahu meraih simpati Hairi dia memberitahu tentang penyakitnya dan itu semakin membuatkan Hairi bersalah dan ingin menebus dosanya pada Zarith.

Hairi telah membuat keputusan untuk menikahi Zarith. Dia akan menerima Zarith seadanya.
              “Abang betul-betul ke ni? Tapi zarith dah tak boleh bagi  anak lagi kat abang. Lagipun kan 
               family abang tak suke            Zarith? ”
Setelah hairi menyatakan niatnya, Zarith Nalia terasa sangat puas. Akhirnya Hairi akan menjadi miliknya.

Talifon Zarith berbunyi, –Nas-. Nama nasrul pada skrin talifonnya. Jika dia menerima Hairi kembali, bagaimana dengan Nasrul yang selama ini telah menyayanginya sepenuh hati. Wake-up Zarith! Kau Cuma nak mainkan Hairi je, Nasrul is more important. Bisik hatinya yang telah menyedarkannya kembali pada niat asalnya. Dia hanya ingin mempergunakan Hairi sahaja untuk membiayai kos perubatannya kerana segalanya berpunca dari Hairi. Hairi adalah anak kepada salah seorang pemilik sebuah syarikat terbesar disitu.
           
“Abang..esok zarith dah nak kene balik KL. Operation lagi  tiga hari, zarith bingung bang.”
Zarith Nalia cuba mendapat perhatian Hairi. Hairi terasa sangat bersalah, lalu dia ingin membantu Zarith untuk membiayai kos perubatannya dan mengikutnya ke Kuala Lumpur.



-IV-

Semasa dalam perjalanan pulang, Idzham terlihat seorang lelaki seperti Hairi. Dia cuba memanggil lelaki itu dan kerana kesibukan kota raya Hairi tidak mendengar Idzham memanggilnya sehinggalah sewaktu Idzham ingin keluar dari keretanya, datang sebuah kenderaan melanggarnya dan bila orang ramai mengeruminya barulah Hairi melihatnya.
            “Idzham? Ya Allah Zham. Bangun zham?” hairi cuba mengejutkan Idzham. Lalu beberapa orang datang menenangkannya.

Idzham dihantar ke hospital. Hairi kesal di atas kejadian yang menimpa Idzham. Dia cuba menghubungi keluarga idzham dengan mencari kenalan di dalam talifon bimbit miliknya. Sedang dia mencari dia menerima satu panggilan –SAYANG- tiada nama cuma tertera sayang pada skrinnya pada fikirannya mungkin itu kekasih Idzham. Lalu dia menjawab panggilan itu.
            “Hello abang, abang kat mane ni tak balik rumah lagi           ni?” Hairi terkejut mendengar suara wanita itu yang bertanyanya.
            “Hello..saya harap awak bertenang ye dengan ape saye        nak      cakap ni.”Alisya terkejut kerana bukan suaminya yang menjawab pangggilannya.
            “Er..awak sape? Idzham mane?”
tanya Alisya. Hatinya mula resah. Ditambah dengan suara tangisan adam yang tak henti-henti menangis dari tadi.
            “Idzham...dia kemalangan. Dia ade di wad kecemasan          sekarang.” Terang Hairi. Alangkah terkejutnya alisya mendengar berita itu. kerana Raihana belum balik alisya cuba menghubungi Hani. Dan mereka bersama-sama pergi ke hospital di mana Idzham dirawat.

Setibanya di hospital alisya mencari Idzham. Dia menghubungi talifon Idzham dan Alisya terkejut kerana lelaki itu adalah Hairi.                “Isya?”
Melihat Hairi, Alisya pengsan disitu tapi sempat disambut Hairi. Hani yang sedang mendukung Adam terkejut lalu memanggil jururawat berhampiran.
“Dia tak apa-apa cuma terkejut sahaja kerana           menerima         tekanan dan ini boleh 
menjejaskan kandungan Pn Alisya. Saya bagi ubat penenang dulu je. Jangan bagi dia 
tertekan   lagi ya.” Ujar Doktor yang merawat Alisya. Hairi terkejut mendengar Alisya mengandung. Kini tahulah dia Alisya telah berkahwin dengan Idzham. Selepas doktor itu berlalu, Hairi merapati Alisya dan melihat Hani yang sedang mendukung bayi yang sedang menangis.
“Boleh saya dukung?” Hairi meminta. Hani menyerahkan Adam pada lelaki itu walaupun tidak mengenalinya. Bila berada bersama Hairi, adam terus diam.
“Dah senyap. Pandai awak dukung. By the way, Awak           ke         yang call isya? Idzham 
macam mana?” tanya hani
           “Saya kawan dia. Hairi,awak? Comel baby awak ke?” puji Hairi. “Idzham masih kat icu lagi.” sambungnya lagi.
            “Hani. Eh not my. Apelah awak kan kawan dia takkan           anak die pun tak tahu?” hani hairan.
            “Anak? Dah lama ke diorang kahwin? Seriusly saya tak        tahu.” Jawab hairi. Walaupun berkawan dengan Idzham namun dia tidak langsung tahu. Hairi membawa Hani ketempat Idzham tapi tidak dibenarkan masuk kerana doktor sedang merawatnya.

Alisya tersedar, 
               “Abang!”
lantas dia bangun mencari Idzham. Melihat adam bersama Hairi Alisya pergi lalu mengambil adam.            
            “Bagi balik anak aku!”
setelah mengambil balik anaknya dari Hairi alisya
            “Isya,u tak sihat ni. Kenapa bangun?”
            “Hani, Idzham mana hani?
            “Maafkan saya.kami dah cuba sedaya upaya keadaan          pesakit kritikal.” Seorang doktor keluar.
            “Abang. Jangan tinggal isya. Abang dah janji. Isya ada berita gembira, ni isya 
             mengandung.”
             “I..sya...” dengan nada tersekat-sekat dia memanggil. “rie..”
            “Aku serahkan isya pada kau balik. Jaga dia dan anak         kami...
akhirnya Idzham menghembuskan nafasnya.
            “Tidakkk!” jerit alisya. Hani turut bersedih.

No comments:

Post a Comment