-JANUARI 2009-
Hari ni genap setahun usia pernikahan mereka. Adam kini berusia enam bulan. Walaupun begitu, Idzham masih tidak menyentuhnya lagi, Alisya tahu Idzham pasti terseksa. Idzham cuba menyibukkan diri dengan kerja tanpa mengabaikan alisya dan adam. Dia tahu Alisya belum bersedia lagi untuk bersamanya. Alisya menyedari kelakuan pelik suaminya itu.
“Abang..kenapa sejak akhir-akhir ni isya tengok abang macam nak jauhkan diri dari
isya je?” tanya Alisya. Idzham memandang Alisya.
“Adam mana? Tidur ke?” Idzham cuba mengelak pertanyaan Alisya. Alisya nekad. Malam itu dia menggoda suaminya dengan memakai pakaian yang seksi, dia telah bersedia untuk menjalankan kewajipannya sebagai seorang isteri. Lagipula selama setahun Idzham bersamanya. Mungkin dulu suaminya tidak menyentuhnya kerana dia mengandung, tapi sekarang tidak lagi.
“Abang..” panggil Alisya, manja. Idzham terkejut melihat Alisya, selama setahun bersamanya tapi malam itu Alisya sungguh cantik dari sebelumnya.
“Isya ke ni? Betul ke bini abang ni?” usik Idzham sambil tersenyum. Alisya merapati Idzham. Dan malam itu idzham benar-benar bahagia.
Jam menunjukkan pukul 5:00 pagi, Alisya melihat suaminya masih lagi lena. Penat sangat la tu, bisik hatinya. Perlahan-lahan dia mengalihkan tangan Idzham yang meranggul pinggangnya lalu dia bangun untuk mandi. Mujurlah adam tidak terjaga semalam. Selesai sahaja mandi barulah dia mengejutkan Idzham untuk solat subuh bersama.
“Abang..bangun bang. Dah subuh dah.”
Perlahan-lahan Idzham membuka matanya.
“Sayang..thanks for last night.”
Lalu menghadiahkan satu ciuman buat Alisya.
“Dah..bangun-bangun. Isya tunggu abang ni nak solat sama.” Arah Alisya beserta sekeping senyuman. Apa yang penting sekarang adalah kebahagian Idzham. Dia seorang suami dan juga bapa yang penyayang kepada anaknya.
Hujung minggu itu Idzham membawa alisya dan Adam keluar. Sudah lama dia tidak membawa Alisya yang hanya terperap sahaja dirumah kerana keadaan kesihatan Alisya, Idzham langsung tidak membenarkannya keluar kecuali ada yang menemani.
“Sayang,lame dah abang rase kawan sayang tak datang. Ape erk nama dia? Er..zarith kan?” tanya Idzham. Memang betul kata Idzham. Kali terakhir zarith melawatnya pada oktober yang lepas.
“Yela abang, mungkin dia sibuk la tu. Habis takkan hari-hari dia nak datang. Mesti dia
segan.”
Rupanya Idzham perasan yang zarith Nalia tidak datang melawatnya.
“Aik..kenapa ni? Marah ya abang tanye? Sayang.. abang tanya aje la. Jeles la tu.” Usik Idzham bila Alisya menjawab dengan nada yang marah. Dia tahu isterinya cemburu. Sayang jugak alisya padanya, bisik hatinya.
No comments:
Post a Comment