-NOVEMBER 2007-
Setahun sebelumnya...
Seminggu Hairi menghilang. Alisya mula resah. Puas dia menghubungi Hairi tapi tiada jawapan. “kenapa dengan kau ni isya? Aku tengok sejak kita balik dari KL minggu lepas kau dah macam orang hilang laki je? Apesal? Hairi buat hal lagi ke?” tanya Raihana. Rakan sebilik Alisya, melihat Alisya yang selalu bersama handphone nya raihana dapat meneka. Pasti Hairi yang Alisya tunggu.
Tapi sejak Alisya menjalinkan hubungan dengan Hairi, Raihana langsung tidak menyukai Hairi. Maklumlah Hairi seorang yang digilai ramai dan ‘playboy’ baginya, dia tidak mahu Alisya di lukai Hairi sedangkan selama Alisya dengan Hairi, dia selalu dikecewakan. Biarpun ramai lagi laki-laki yang suka pada Alisya. “Aku heran la dengan kau Isya, boleh kau sabar dengan jantan macam tu.” Raihana cuba menasihatinya. Alisya hanya memandang sahabatnya itu. dia tak tahu bagaimana nak jelaskan padanya yang dia telah terikat dengan Hairi.
“Kau takkan faham ana.”
Tanpa mempedulikan sahabatnya itu, alisya terus masuk kedalam keretanya dan keluar mencari Hairi. Raihana hanya menggelengkan kepala. Dia sungguh tak faham dengan sikap Alisya. “isya,isya.ada lagi orang nak kat kau tapi kenapa Hairi jugak yang kau pilih.” Bisik hatinya.
Sebaik sahaja puas mencari akhirnya Alisya pasrah. Sedang dalam perjalanan balik, Hairi menghubunginya.
“hello sayang..maaflah abang sibuk sikit minggu ni.” Hairi cuba meyakinkan Alisya. Dia tahu Alisya senang di pujuk olehnya.
“Eh..hidup lagi rupenye, ingat dah mati dah.” Bentak Alisya. Setelah di pujuk rayu oleh Hairi akhirnya Alisya termakan pujukannya. Mana taknya hairi seorang lelaki yang romantik dan bermulut manis, sesiapa sahaja pasti termakan pada pujuk dan rayunya.
Alisya pulang dengan gembira. Dia amat bahagia bila Hairi menghubunginya.
“Amboi..bukan main lagi senyum dari tadi? Kenapa? Ada mamat ngorat kau ke?” usik Raihana. Alisya tak sabar nak bagitahu Raihana tentang Hairi. Tapi belum sempat dia membuka mulut, satu penggilan diterima.
“jap aku jawab panggilan ni dulu,nanti aku citer.” Sambung Alisya. Raihana turut gembira jika Alisya gembira. Bagusla kau happy isya tapi jangan kau terluka pulak lepas ni. Bisik hati kecilnya. Seperti dia tahu apa akan terjadi nanti.
“hello..isya kan?”
tiba-tiba seorang perempuan menghubunginya.
“Err..ye saye? Ade ape ye? Boleh tahu sape?” tanya Alisya. Tapi perempuan itu ingin berjumpa face to face dengannya, katanya ada hal penting berkaitan dia dan Hairi. Alisya mula risau.
Dia ke tempat yang dijanjikan untuk bertemu perempuan itu.
“Nur Ain Alisya? Kan? Saya Zarith. Zarith Nalia.” Kenal wanita itu itu kepada Alisya. Setelah berkenalan, perempuan itu mula bercerita. Alisya hampir separuh nyawa mendengar, ternyata Hairi lelaki buaya. Tidak hairanlah rakannya Raihana tidak menyukai Hairi. Alisya cuba menghubungi Hairi.
“Hello. Sape Zarith?” tanpa menunggu alisya bertanya. Hairi yang terkejut mendengar nama Zarith. Rupanya dalam pada dia leka Zarith telah mendapat nombor Alisya dalam contact handsetnya. Mereka mula bergaduh bila Hairi cuba menafikan siapa Zarith.
No comments:
Post a Comment