-JANUARI 2008-
Majlis berlangsung dengan meriah. Warna ungu adalah warna yang sangat sesuai dengan mereka. Semua rakan idzham hadir kecuali hairi, dia cuba merahsiakan pernikahannya dengan Alisya daripada pengetahuan Hairi kerana saat dia menghubungi hairi, hairi hilang.
Selesai sahaja majlis, seluruh alhi keluarga telah masuk tidur kerana telah seharian berpenat untuk majlis pernikahan mereka.
“Assalamualaikum, boleh abang masuk?” idzham menyapa Alisya yang sedang termenung dibirai katilnya.
“Wa’alaikumsalam. Masuklah,rumah abang jugak.”Alisya memandang idzham,pelbagai persoalan bermain di fikirannya.
“abang, boleh isya tanya? Kenapa abang nikah dengan isya sedangkan keadaan isya
amnesia ni?” melihat idzham yang sedang menyalin pakaiannya,alisya terus bertanya. Idzham memandang alisya,kalaulah dia memberitahu perkara sebenar mesti alisya kecewa. Biarlah ia menjadi rahsia selagi ingatan alisya belum pulih.
“nak tahu kenapa? Sebab..abang sayangkan isya. Nur Ain Alisya Binti Sulaiman, terima
kasih kerana sudi menjadi isteri abang.” Idzham mencium tangan Alisya. Alisya hanya tersenyum melihat idzham. Walaupun dia tidak mengingati idzham namun bila berada disamping idzham dia berasa selesa dan selamat.
“Selamat pagi pengantin baru. Lena ke tidur?”usik farisya,adik alisya yang kini sedang menuntut di tahun akhir jurusan perguruan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tanjung malim,perak.
“ish fa ni,tak baik usik abang dan kakak tu. Merah padam dah muka diorang tu.” Pn Hajar datang menyampuk. Melihat menantunya disakat anak bongsunya,farisya.
“Jangan ambik hati zham. fa tu memang suka menyakat orang.” Sambung Pn Hajar lagi. Idzham dan alisya hanya tersenyum.
“Ala takpe mak, fa bergurau je tu. Zham tak kisah pun.” Idzham tersenyum kepada farisya. Alisya berlalu menuju kedapur untuk menyediaakan makanan untuk suaminya itu. Pengalaman pertamanya sebagai seorang isteri walaupun semalam idzham tidak menyentuhnya pun.
Keesokannya majlis menyambut menantu dirumah idzham. Walaupun cuma majlis kesyukuran,namun Pn Ainon telah mengadakan satu majlis yang besar kerana Idzham satu-satunya anak lelakinya dan dia mahukan majlis yang sempurna buat puteranya itu.
Tapi walaupun dia gembira tapi kekesalan bersarang di hatinya kerana idzham berkahwin kerana alisya mengandung. Biarpun idzham mengaku bayi yang dikandung alisya adalah anaknya namun Pn Ainon yakin Idzham menipu. Dia kenal perangai anaknya dan idzham tak akan melakukan perbuatan itu. Pn Ainon akhirnya akur.
Setelah seminggu berada di kampung, dan cutinya telah habis idzham membawa alisya pulang ke Kuala Lumpur.
“Kami balik dulu ibu, El jaga ibu baik-baik. Cut nanti along balik lagi.” Pesan idzham kepada Ilyana, adiknya. Setelah bersalaman mereka berangkat. Idzham tak lupa singgah kerumah mertuanya sebelum balik ke Kuala Lumpur. Perjalanan yang memakan masa selama lapan jam sungguh memenatkan tapi berbaloi jika dibandingkan sebelum ni dia hanya berseorangan tapi kini ada yang menemaninya di sisi.
Akhirnya mereka tiba dirumah yang dibeli khas untuk keluarganya di Taman Ukays Perdana,Kuala Lumpur. Sebaik sahaja memasuki rumah itu, alisya sangat terpegun dengan hiasan dalaman rumah itu,sungguh cantik. Pandai idzham memilih.
“Wah..cantiknya rumah ni. Ini semua abang yang buat?” alisya benar-benar kagum.
“Semua abang sendiri yang design. Abang rangcang kalau abang kahwin nanti nak bagi
keluarga abang duduk rumah ni. Dan sekarang isya dah jadi isteri abang dan rumah ni
rumah kita. Tapi kalau nanti berlaku apa-apa kat abang, rumah ni tetap milik
sayang.”
Idzham gembira alisya menyukai rumah itu. Dia telah menyediakan segalanya supaya nanti bila dia keluar bekerja Alisya tidak lah bosan dirumah.
Hari pertama alisya ditinggalkan berseorangan dirumah apabila idzham keluar bekerja, dia benar-benar bosan. Seluruh rumah telah dikemas dan makanan telah dimasak kini tiada lagi yang boleh dilakukan selain menonton televisyen sambil menunggu idzham pulang.
“Boring ke duk rumah sorang-sorang?” tanya idzham.
“Boring jugak. Tapi takpe. Abang, sebelum ni isya tak kerja ke?” alisya cuba mencari tahu kisah hidupnya. Dia berharap idzham dapat membantunya. Tapi idzham terdiam, bagaimana dia hendak memberitahu alisya sedangkan dia sendiri tidak tahu. Seingatnya waktu dia bertemu alisya pada tahun lepas dan ketika itu alisya masih dalam pengajian di salah sebuah kolej.
“Mungkin isya dah kerja,tapi yang sebenarnya abang pun tak pasti.” Kesian alisya, dia benar-benar ingin mengingati masa lalunya. Percayalah sayang,isya pasti tak mahu ingat masa lalu isya, bisik hatinya.
No comments:
Post a Comment