-MARCH 2010-
-I-
Hari ini genap setahun kematian Idzham. Alisya tidak lupa menziarah pusaranya. Setiap minggu dia akan melawat Pn Ainon bersama anak-anaknya.
“Awak nak keluar jugak ke malam ni?” tanya Alisya pada Hairi. Hairi yang sedang bermain bersama anak kembarnya terkejut kerana selama sebulan dia keluar baru hari ini Alisya bertanyanya.
“Kenapa? Tak bagi saya keluar ke? Kalau Isya tak bagi Abang tak keluar.” Hairi mula membahasakannya sebangai ‘abang’. Alisya meletakkan adam.
“Tak payah keluar dah, boleh?” Alisya meminta.
Adam sengaja dibiarkan bersama mama dan papa Hairi. Hanya mereka berdua sahaja di atas katil itu. memandangkan kedua bayinya telah tidur. Alisya memandang Hairi yang sedang bermain laptopnya.
“Boleh pulak abang tahan ya, kenapa dulu tak?” alisya mula bersuara setelah melihat Hairi tidak mengendahkannya. Hairi terdiam, dia sengaja buat-buat sibuk supaya menahan dirinya.
“Kenapa pulak cakap macam tu ni? Abang tahu isya marah sebab benda dulu.
Maafkan abang ya.” Hairi menhampiri Alisya lalu mencium dahinya. Dengan mesra Alisya membalas ciumannya, akhirnya Hairi kalah.
Bunyi ketukan bilik mereka mengejutkan Alisya dan Hairi yang masih tidur.
“Hairi, Isya! Tak bangun-bangun lagi ke budak-budak ni.” Jam menunjukkan pukul sembilan pagi tapi kedua anak menantunya masih belum turun juga. Alisya yang terdengar ketukan lalu bingkas terjaga dan melihat jam.
“Huh..dah pukul sembilan, Ya Allah. Abang,,bangun abang. Dah sembilan pagi dah.”
Terjaga saja dari tidur Alisya terus menegejutkan Hairi.
“Ya sayang. Apa? Sembilan? Abang dah lewat nak pergi kerja ni.”
Masing-masing bangun lalu menuju ke bilik air bersama.
“Maaf ma, adam meragam dengan mama?” tanya Alisya. Dia benar-benar malu pada mertuanya itu.
“Takpun, adam baik je. Yang korung tu apa halnya sampai bangun lewat pulak. Sampai
ke bulan mana semalam.” Pn Norizah mengusik. Alisya terdiam malu.
-II-
Sudah lama Hairi tidak menghubungi Zarith, hatinya mula merindui lelaki itu walaupun dia kini bahagia disamping Nasrul namun kenangan bersama Hairi sukar dilupakan. Lalu zarith mengambil keputusan untuk pulang bercuti dikampung.
“Assalamualaikum..nenek.”
Zarith tiba di rumah neneknya.
“Waalaikum’salam..cucu nenek balik ya? Mana mak dan adik-beradik kamu? Mereka tak
balik sekali?” tanya neneknya, Pn Kalsom.
“Zarith balik sorang je nek. Paksu mana nek?” zarith bertanya pada neneknya kerana hanya neneknya sendirian dirumah.
“Paksu kamu ke luar pergi beli barang tadi. Kamu dah makan ke? Mari kita ke dapur
nenek masak tadi tunggu paksu kamu tak tahu bila baliknya.”
Perjalanan jauh amat meletihkan selesai saja makan bersama neneknya Zarith terlelap.
“Zarith?” panggilan neneknya tidak didengari kerana terlalu mengantuk.
“La budak ni, tido pulak dia. Mesti penat sangat la ni.” Pn Kalsom lalu menuju ke dapur meninggalkan Zarith yang sedang lena di buai mimpi.
“Mak..!” jerit Fakhrul. Anak bongsu kepada Pn Kalsom, kerana hanya dia yang bekerja dikampung dia lah yang menemani ibunya itu.
“Ya rul. Kenapa kamu menjerit ni.” Balas Pn Kalsom yang terkejut dengan panggilan anaknya itu.
“Mak kat mana? Kenapa biar pintu tu terbukak camtu je, orang jahat ramai mak tahu tak.” Marahnya lagi. Fakhrul seorang yang tegas tapi penyayang.
“Tadi mak ingat Zarith ada kat depan rupanya tertido budak tu dalam bilik dia.” Terangnya lagi.
“Zarith? Bila dia sampai? Tak cakap pun nak balik.” Fakhrul kehairanan.
“Tadi sampai. Ada dia cari kamu tadi.”
Bunyi panggilan dari telefon bimbit Zarith mengejutkannya. –NAS- tertera nama Nasrul. “Hello.” Dengan mamai dia menjawab.
“Eh takkan baru bangon? Sayang dah nak maghrib dah ni. Bangon-bangon!” arahan Nasrul mengejutkannya lalu dia terus bangun.
“Ha lena tuan puteri tidor ye?” sakat Fakhrul.
“Paksu ni. Nenek tengok tu paksu.”
Lalu pergi kepada neneknya dengan manjanya. Pn Kalsom hanya tersenyum melihat gelagat mereka.
Selesai makan malam Zarith cuba menghubungi Hairi. Namun tiada jawapan. “Call siape..?” sergah Fakhrul. Kerana jarak usia yang hanya lima tahun membuatkan mereka sangat akrab lebih dari bapa saudara dan anak saudara.
“Paksu ni buat terkejut orang je..” balasnya manja.
“Pakwe ke?” Fakhrul cuba meneka.
“Pandai je paksu teka eh. Yang paksu ni sampai bila nak single? Kempunan nak dapat
sepupu ni.” Zarith mengusik. Fakhrul yang akan memasuki usia tiga puluh tahun hadapan dan dia masih lagi belum berkahwin.
Hairi yang sedang bermain bersama anak-anaknya tidak menyedari telefonnya berdering kerana ditinggalkan dalam bilik.
“Mama tengok Hairi dah tak keluar melepak tak tentu pasal lagi dah. Pandai isya ikat dia
ya.” Pn Norizan mengusik menantunya itu. Alisya hanya tersenyum malu.
“Rie..angkat Adam tu naik atas. Kesihan mama tengok budak tu.”
Melihat Adam yang telah lena Hairi lalu mengangkat anaknya itu kebilik. Selesai meletakkan Adam, Hairi terlihat telefonnya.
“26 missed call?” dan Hairi terkejut melihat nombor zarith, walaupun dia tidak menyimpannya tapi kerana sering dihubungi Zarith, dia mengecam nombornya.
“Zarith? Nasib baik Isya tak tahu, mati aku kalau dia tahu pasal Zarith.”
Pengalamannya yang dulu menjadi pengajaran buatnya. Selepas mematikan telefonnya Hairi turun semula. Anak kembar mereka masih lagi belum tidur.
“Anak mama ni bila nak tidur ni hah..”
melihat kedua anak kembarnya Alisya pasti akan teringatkan arwah Idzham.
“Sayang? Jauh sangat tu termenung.” Sapa Hairi. Alisya yang terkejut lalu penyapu airmatanya.
“Sayang? Kenapa?”
hairan melihat Alisya menangis,Hairi bingung. Takkan Alisya tahu tentang Zarith? Bisik hatinya. “Eerr..takla abang, abang ni buat terperanjat isya je..” hatinya kembali tenang kerana ternyata Alisya masih tidak mengetahuinya.
“Papa dengan mama masuk tidur dulu ye. Jangan bagi sangat anak-anak kamu tidor lewat,
kecik lagi tu.” Tn Mahmood menasihati mereka berdua lalu beredar.
“Jomla abang isya pun dah penat ni.” Masing-masing masuk kebilik.
Tidak berapa lama kemudian, telefon alisya berbunyi.
“Siapa je yang call malam-malam ni.” Marahnya, Hairi mula resah bimbang Zarith menghubungi Alisya. –YATIE- panggilan dari rakannya.
“Hello Isya, sorry aku ganggu kau malam-malam ni.” Belum sempat Alisya bercakap sahabatnya Hayati terlebih dahulu bersuara.
“Ya kenapa ni, cam penting je.” Tanya Alisya.
“Aku nak tumpang kau esok, boleh?” jawab Hayati.
“La..tu aje? Ingat apa yang penting tu..okey kau tunggu aku amek kau nanti.”
Hairi lega, ternyata bukan Zarith. Tapi hakikatnya Zarith sendiri tidak tahu bahawa Hairi sudah berkahwin dengan Alisya.
Keesokannya, Zarith cuba menghubungi Hairi sekali lagi. Panggilan dari Zarith benar-benar merisaukan Hairi. Dia tak tahu bagaimana untuk menerangkan kepada zarith sedangkan dulu dia pernah berjanji untuk menikahinya.
“Hello, abang bussy ni. Ada apa?” hairi menjawab. Zarith berasa lega kerana akhirnya Hairi menjawab panggilannya.
“Tapi Zarith nak jumpa abang boleh?”
Zarith benar-benar merindui Hairi walaupun pada asalnya dia hanya mahu main-mainkan Hairi namun dia tidak dapat menyembunyikan perasaannya terhadap lelaki itu. Kali terakhir mereka berjumpa adalah ketika Hairi menemaninya untuk rawatannya di Kuala Lumpur.
“Nenek Zarith nak keluar kejap ya.”
Sebelum keluar dia meminta keizinan neneknya dahulu. Zarith menunggu di tempat yang dijanjikan.
Kerana sudah waktu rehat tengahhari Alisya yang bekerja berhampiran akan keluar untuk makan bersama rakannya Hayati dan Wana.
“Kita nak makan kat mana ni?” tanya Alisya kepada Wana kerana Wana yang paling arif tentang itu.
“kita makan kat sane tu makanan dia sedap tau.” Sambil menunding pada restoran berhadapan dengan mereka. Alisya dan Hayati hanya menurut.
Sebaik sahaja memasuki kedai itu Alisya terlihat Zarith, lalu menghampirinya.
“Hai, tunggu sape?” tegurnya. Zarith yang sedang bermain telefonnya terkejut.
“Eh? Isya? Awak macam mana boleh ada kat sini?” pelik Zarith.
“Saya pindah sini balik. Tunggu sape?” alisya cuba bertanya lagi. Zarith pasti jika Alisya tahu yang dia masih berhubung lagi dengan Hairi pasti dia kecewa kerana pada fikirannya Alisya sudah tidak mahu lagi bertemu Hairi.
“Err..tunggu..tunggu kawan. Dia janji nak jumpa sini. Makan kat sini ke?” tanya Zarith lagi. Alisya mengangguk lalu menunjukkan pada tempat dimana rakan-rakannya berada.
Hairi kemudian tiba tetapi dia melihat kereta isterinya ada lalu dia cuba mencari Alisya. Alangkah terkejutnya Hairi melihat Alisya sedang berbual dengan Zarith. Dia pasti akan terjadi sesuatu jika dia pergi, lalu dia menghantar SMS kepada Zarith untuk membatalkan pertemuan mereka atas urusan penting.
“Mana kawannya?” tanya Alisya lagi.
“Er..tak jadi jumpa la, dia ada hal.” Terangnya lagi bercampur lega. Mujurlah Hairi tidak datang. Dia langsung tidak menyangka akan bertemu Alisya disitu.
“La yeke, buat penat tunggu je. Join kiteorang la.” Alisya mengajak Zarith bersamanya. Zarith kemudian menerima pelawaan Alisya.
Pertemuan dengan Zarith benar-benar meresahkan Alisya, dia risau jika Zarith bertemu dengan Hairi sedangkan kini Hairi adalah suaminya.
“Woi,jauh termenung.” Wana mencuit Alisya yang sedang mengelamun itu
“Ni kertas kerja yang kau nak tu.” Lalu menyerahkan satu fail kepada Alisya.
“Thanks” alisya mengambilnya dari Wana.
No comments:
Post a Comment