RENDANGAN KASIH BAB 7

-JULAI 2008-


Kini usia kandungan alisya sudah mencapai sembilan bulan dan tiba saat untuk dia melahirkan. Alisya di bawa ke hospital, idzham menunggu dengan kerisauan pertama kali dia akan menghadapi pengalaman untuk bergelar seorang ayah. Selepas berjuang untuk melahirkan, akhirnya alisya telah selamat melahirkan seorang bayi laki-laki seberat 3.0 kilogram.
“Tahniah encik. Awak dapat bayi laki-laki, sila          ikut      kami untuk azankan bayi 
encik.” Kata seorang doktor yang menyambut kelahiran anaknya itu. Idzham mengikutinya untuk mengazankan bayinya. Sebak hatinya saat mengazankan bayi itu,
“Semoga kamu menjadi anak yang berguna nanti” setelah mengazankan bayi itu, idzham mencium bayi itu dan pergi melihat alisya.   
                                                                                     
“Comel, sama macam mama dia.”Idzham menyerahkan bayinya pada ibunya untuk dilihat. Alisya merenung wajah anaknya, cuba mencari iras hairi pada anaknya tapi ternyata anaknya tidak mempunyai iras hairi cuma hidungnya saja selain itu semua miliknya. Kalau boleh dia tidak mahu siapa pun tahu itu anak Hairi. Baginya Hairi adalah masa lalunya dan idzham kini masa depannya. Alisya mencium anaknya.

            “Nak bagi nama apa?” idzham mula bertanya. Tapi bukan itu yang dirisaukanya sebaliknya tentang berpantang. Macam mana alisya nak berpantang? Mampukah dia menjaga alisya selama berpantang sedangkan dia sendiri pun sibuk dengan kerja.          
            “Isya nak bagi nama Adam sebab dia anak pertama isya.      Abang setuju tak?” Alisya berharap idzham setuju dengannya.
            “Urm..Adam bin Ahmad Idzham.” Sambung idzham lalu tersenyum.

Sambil menunggu idzham menguruskan bil hospital, alisya disapa seseorang.
             “Nur Ain Alisya?”
 terkejut nama penuhnya dipanggil, alisya yang sedang duduk mendukung adam mendongak untuk melihat.           
“Er..ya. siapa?”
Alangkah terkejutnya alisya melihat perempuan itu. Wanita yang amat dibencinya walaupun dia cuba mengelak untuk bertemu dengannya.                                       
            “Ni zarith la. Zarith Nalia. Tak ingat?” dia cuba mengingatkan alisya. Mana mungkin alisya akan lupa melainkan dia masih amnesia lagi.
            “Oh..ya, ingat. Tak sangka jumpa lagi. Eh buat apa kat         sini?” tanya alisya. Zarith melihat bayi yang didukungnya.
“Erm..datang ambik ubat, anak eh? Cutenya, comel sangat. Boleh zarith pegang?”
zarith nalia meminta izinnya untuk mendukung bayinya. Walaupun di hatinya amat membenci perempuan itu, tapi alisya cuba sabarkan diri. Lagipun perkara itu telah setahun berlalu, dia pun kini bahagia dengan idzham dan adam.

Merata idzham mencari alisya, akhirnya dia terlihat alisya sedang berbual dengan seorang perempuan yang sedikit chubby itu.
               “La..kat sini rupenye puas abang cari.” Sampuk idzham yang baru datang mengejutkan mereka berdua. Lantas adam menangis.
             “Alalahai..baru kejap duk dengan akak cantik dah        menangis ya.” Alisya mengambil adam. Kehadiran idzham mengembirakannya.
            “Er..zarith, ni idzham suami saya.” Alisya memperkenalkan idzham kepadanya. Dengan wajah terkejut zarith bersalam dengan idzham.
“Hai..I’m zarith. Zarith Nalia.” Selepas melihat idzham zarith melihat alisya dengan perasaan pelik 
“But i thought he was..ah nevermind. Bila kahwin? Tak         jemput pun eh.” Rajuk zarith. Alisya hanya diam. Zarith Nalia, sikapnya yang manja dan gedik pasti akan mencairkan setiap lelaki yang melihatnya. Tak hairanlah Hairi pun turut tertawan dengannya.
 “Hai..Idzham. kawan alisya ya?” Alisya memandang idzham, dia risau suaminya pulak dirampas Zarith. Apalah kau isya! Think positive isya! Bentak hatinya. Tiba-tiba talifon Idzham berbunyi  –IBU-                             
“Assalamuaikum zham, kamu kat mana tu?    Lama tak          call ibu. Ni isya macam mana 
dah bersalin ke?” tanya Pn Ainon. Idzham terdiam seketika tak tahu bagaimana nak jelaskan pada ibunya, tiba-tiba terdengar suara tangisan adam             “macam suara bayi? Isya dah beranak zham?           Alhamdulillah.”
Mendengar ibunya gembira idzham kembali tenang.
             “Ya bu, dapat anak laki-laki.” Perlahan-lahan idzham menjawab.
            “Nanti bawa la isya balik berpantang kat sini, ibu      boleh uruskan dia.”
Mendengar ibunya menawarkan diri membuatkan idzham gembira. Akhirnya dia tidak perlu memikirkan tentang itu lagi.
“Kiteorang mintak diri dulu ya. Nanti jemputlah datang         rumah.” Ajak idzham.

Sebelum berlalu zarith telah meminta alamat serta nombor telifon alisya. Dia tak sangka alisya telah berkahwin tapi bukan dengan hairi.
“Sape Zarith tu? Kawan lama ke?” tanya idzham. Kerana dia tidak pernah mengenali zarith. Dia hanya kenal rakannya iaitu Raihana seorang. Alisya terdiam.
“Er..nak kate kawan tak juga tapi lebih          kuranglah.”
Pelik idzham mendengar jawapan alisya.         

No comments:

Post a Comment