-JULY 2010-
Semakin hari anak-anaknya semakin membesar, usia Adam telah berusia dua tahun manakala Ain dan Aiman berusia lapan bulan. Pernikahannya bersama Hairi telah selama enam bulan, namun Alisya belum mahu mengandung lagi. Cukuplah dengan ketiga-tiga cahaya matanya itu.
Selepas kedua-dua anak kembarnya tidur, Alisya keluar melihat Pn Norizah yang sedang menyiram pokok-pokoknya di halaman rumah sambil membawa air dan kuih manakala Adam dibiarkan berjalan.
“Nak Isya tolong mama?” tanya Alisya selepas meletakkan air dan kuih yang di bawanya di atas meja.
“Ala..kerja senang je ni Isya, mama boleh buat. Anak-anak kamu tidur ke?”
Pn Norizah berhenti menyiram dan duduk bersama-sama Alisya. Alisya kemudian mengangkat Adam ke atas ribanya.
“Hairi pergi mana tak balik-balik lagi tu?”
selepas menjamu minuman dan kuih yang dibawa Alisya, Pn Norizah yang melihat kereta Hairi tiada ditempatnya.
“Abang keluar jumpa kawan dia Ma.”
Sambil menyuapkan Adam, Alisya menjawab. Tidak dinafikan sejak akhir-akhir ni Hairi sering keluar jika ada kelapangan. Alisya mula meragui Hairi.
“Ni mama tanya Isya jangan terasa pulak ye.” Selepas mendapat kebenaran Alisya dia kembali menyambung pertanyaannya.
“Mama hairan dengan Adam ni. Dia kan anak kamu dengan arwah suami kamu kan? Tapi
muka dia sebijik dengan Hairi masa kecik dulu. Nanti mama ambik album gambar.”
Alisya terkejut. Entah bagaimana dia hendak menjawab nanti. Memang tidak dinafikan Adam menyerupai Hairi kerana Adam memang anak Hairi.
“Tengok ni..sama kan?” selepas mengambil album gambar Pn Norizah segera menunjukkannya pada Alisya. Ternyata sama!
“Eh..yela ma, sama betul..mungkin kebetulan mama.” Alisya cuba meyakinkan ibu mertuanya itu.
Sebaik sahaja Hairi pulang Alisya cuba menyiasat telefon bimbit suaminya itu ketika Hairi sedang mandi. Namun tiada yang meragukan, memang Hairi terlebih dahulu memadam semuanya. Alisya semakin ingin tahu. Lalu dia cuba mengekori suaminya setiap kali Hairi keluar. Pada hari berikutnya Hairi sekali lagi keluar kerana tidak menyangka Alisya mengekorinya dia terus berlalu. Alisya mengekori Hairi sampai ke sebuah restoran.
“Ohh..kat sini korang berdating ya! Patut lah selalu sangat keluar” sergah Alisya.
“Isya?” Hairi dan Zarith masing-masing terkejut.
“What a big suprise! Dulu sampai sekarang pun korang masih berhubungan ya! Zarith, kau
nak sangat Hairi kan? Kau akan dapat dia! Aku akan nikah kan korang! And lepas tu Hairi,
kita cerai!” selepas itu Alisya berlalu meninggalkan mereka. Zarith terpinga-pinga kehairanan.
“Cerai? Apa maksud Isya?” kerana pada pengetahuannya Alisya telah berkahwin dengan orang lain. Tanpa mempedulikan Zarith, Hairi terus mengejar Alisya. Dan Zarith terdiam disitu.
Alisya pulang lalu mengemas semua pakaiannya dan membawa anak-anaknya.
“Isya, kamu nak kemana ni?” tanya Pn Norizah dan Tn Mahmud yang melihat Alisya turun bersama beg pakaiannya.
“Mama,papa maafkan Isya. Mungkin jodoh Isya dan Abang Hairi sampai sini je. Ternyata
abang Hairi ada perempuan lain.”
Berapa saat kemudian Hairi tiba.
“Isya? Isya nak pergi mana ni? Apa yang Isya tengok tadi cuma salah faham je.” Hairi cuba menyelamatkan keadaan.
“Abang ingat Isya ni bodoh ke ape? Semua dah terang. Abang sayang sangat perempuan tu
kan? Isya bagi kebenaran abang nikah dengan dia tapi tolong ceraikan Isya.”
Kedua ibubapa Hairi kehairanan.
“Perempuan mana pulak ni? Rie apa yang dah jadi ni” tanya Pn Norizah. Hairi terdiam.
Seperti yang dijanjikan, Alisya kerumah Zarith bersama kedua ibubapa Hairi untuk meminang Zarith. Selepas masing-masing setuju Alisya bercerai dengan Hairi, walaupun berat untuknya melepaskan Alisya namun kerana itu kehendaknya, Hairi akhirnya menurut. Pn Norizah langsung tidak menyukai Zarith. Tapi kerana permintaan Alisya, mereka menurut.
“Isya, Zarith langsung tak tahu Isya dan Abang Hairi dah nikah. Bukan Isya kahwin dengan
orang lain? Lagipun abang Hairi tak pernah cakap dia dah kahwin, Maafkan Zarith..Isya.”
“Isya redha, mungkin dari awal tak ada jodoh antara kami. Isya kahwin dengan Hairi
selepas suami isya meninggal. Dia kenal Hairi,jadi dia mintak Hairi jaga kami sekeluarga.” Sedaya Alisya menahan sebak di dadanya.
Majlis pernikahan mereka tinggal lagi seminggu. Alisya tak sanggup nak berhadapan dengan Hairi dan Zarith. Kerana dia tahu Zarith takkan dapat bagi zuriat lagi pada Hairi, alisya mengambil keputusan untuk menyerahkan Adam kepada Hairi.
“Walaupun ini berat, isya terima abang. Semoga abang dan Zarith bahagia. Isya tinggalkan
Adam dengan abang. Isya harap abang boleh didik dia sebaik mungkin.”
Hairi benar-benar terkejut dengan tindakan Alisya
. “Isya..dahla isya mintak cerai dengan abang lepastu bagi abang nikah dengan Zarith..and
now Isya nak tinggalkan Adam pulak. Please sayang..tak boleh ke stay together? Abang sayang Isya.” Hairi cuba memujuk Alisya. Tapi semua sudah terlambat, Alisya benar-benar terluka.
“TAPI abang masih jumpa Zarith jugak. Isya dah tak sanggup dah abang. Abang lepaskanlah
Isya agar Isya bahagia. Pasal Adam...yang sebenarnya dia anak kandung abang.” Akhirnya Alisya terpaksa membuka rahsia yang selama ini disimpan.
“Anak abang?” hairi terkejut tidak menyangka Adam adalah anaknya walaupun ramai yang mengatakan wajah mereka seiras seperti anak dan ayah.
No comments:
Post a Comment