-JULY 2009-
Kini usia kandungan Alisya telah mencecah lima bulan. Semakin hari pergerakannya semakin terbatas. Adam yang berusia setahun dijaga ibu dan adiknya.
“Akak, ada orang datang nak jumpa akak.” Farisya memanggil kakaknya itu. Alisya terus melihat siapa yang datang.
“Hairi? Ada apa awak datang?”
langsung dia tidak menyangka Hairi yang datang. Hairi terpegun seketika, ini kali pertama dia melihat Alisya dalam keadaan mengandung. Badannya semakin berisi kerana mengandung.
“Isya, tolong bagi kesempatan kedua untuk saya? Saya masih sayangkan awak.”
Hairi benar-benar ingin Alisya kembali semula padanya.
“Untuk apa lagi? Saya dah cukup terseksa tau tak! Dahla Hairi awak jangan cari saya lagi boleh tak?” marah Alisya.
“Tapi Isya, awak nak anak-anak awak membesar tanpa seorang ayah?” alisya tersentak. Kata-kata Hairi benar-benar membakar hatinya. Mahu saja dia meberitahu kebenaran, tapi dia hanya bersabar lalu berlalu tanpa mempedulikan Hairi. Hairi kecewa. Dia tahu alisya takkan kembali padanya lagi. Tapi dia akan tetap berusaha mendapatkan cinta Alisya semula.
Pn Hajar melihat Hairi, setelah mendengar perbualan mereka.
“Isya tu garang sikit, maklumlah tengah sarat mengandung. Kamu sayang Isya?”
“Takpe saya faham makcik, walaupun saya sayang isya tapi saya takkan dapat
mengantikan Idzham dalam hatinya.” Atas ajaran Pn Hajar, Hairi sering datang melawatnya walaupun alisya tidak suka. Kelengkapan untuk anaknya yang bakal lahir telah dibeli oleh Hairi, kemesraan adam bersama Hairi semakin akrab. Adam kini berusia setahun.
“Adam. Pakcik ada hadiah untuk Adam.”
Walaupun masih kecil dan tidak mengerti, kerana Hairi kerap bersamanya, perlahan-lahan Adam mula memanggil Hairi dengan panggilan ‘Papa’. Pada adam Hairi telah berikan kasih sayangnya. Dia terlalu menyayangi adam seperti anak kandungnya sendiri kerana terasa bagaikan ada satu ikatan dengannya.
Biarpun alisya sering melarang keluarganya untuk tidak membenarkan Hairi rapat dengan anaknya namun tidak diendahkan dan semakin lama dia melihat Hairi yang begitu menyayangi adam akhirnya dia pasrah.
“Assalamualaikum. Nak keluar ke?” tanya Hairi sebaik sahaja dia tiba dirumah Alisya dia melihat Alisya sedang menghidupkan keretanya.
“Waalaikum’salam. Nak pergi hospital. Cheak keadaan baby dalam ni. Nak bawak Adam
keluar ke?” balas Alisya. Sebaik sahaja melihat Hairi datang, Pn Hajar keluar sambil mendukung Adam.
“Tengok tu ‘papa’ Adam dah sampai.”
Adam yang masih kecil hanya ketawa seperti menunggu kedatangan lelaki itu. hairi mengambil adam.
“Isya nak saya hantar? Boleh pergi sekali. Lagipun kan tengah sarat tu.”
“Takpe lah. Bukan nak beranak pun lagi, baru lima bulan.” Kerana perutnya begitu besar pasti semua menyangka kandungannya telah sarat.
“Betul jugak tu Isya, apa kate kamu pergi dengan Hairi je. Lagi selamat.”
Pn Hajar sengaja merapatkan mereka berdua.
“Mak, isya pergi kerja sendiri pun boleh je.” Sambil menjeling pada Hairi. “Amboi anak mama dah lupa mama die dah sekarang ye.” Sembil mencium pipi Adam.
“Jangan la sombong sangat. Ikut aje la.” Hairi terus mengajaknya lagi. “Makcik, pakcik saya
mintak izin ye.” Alisya akhirnya bersetuju.
Selepas mereka berlalu En Sulaiman menegur isterinya.
“Eh awak ni kenapa beria-ia benar saya tengok.” Tanya En Sulaiman. Melihatkan isterinya itu yang bersungguh-sungguh ingin Alisya pergi dengan Hairi.
“Abang tak tengok ke diorang tu, sesuai sangat kalau bersama. Kalau boleh biarlah Hairi
yang menggantikan Idzham bang.” Pn Hajar tersenyum.
Setibanya mereka di hospital, Alisya mendaftarkan namanya dan menunggu sehingga dipanggil.
“Pn Alisya? Puan boleh masuk.” Kata salah seorang jururawat yang bertugas.
“Encik suami Pn Alisya ke? Encik boleh masuk kalau nak.” Hairi memandang Alisya. “Er..takpe nurse saya tunggu sini je.” Jawab Hairi.
“Pn Alisya ya. Macam mana keadaan puan? Ada sakit ke alahan tak?” tanya doktor yang memeriksanya.
“Buat masa ni tak ada doc.” Balas Alisya lagi.
“Okey kita buat scan sekarang ya.”
Alisya berbaring pada katil yang disediakan. Setelah diberitahu yang kandungannya kembar Alisya sangat gembira.
Sebelum pulang Hairi membawa mereka ke pusat membeli-belah dan keluar makan bersama. “Dah lama kan kita tak keluar bersama cam ni. Dah macam satu family pulak rasa.”
Hairi bersuara melihat Alisya yang sedang menyuapkan Adam. Alisya terfikir akan reaksi Hairi jika dia memberitahu bahawa Adam adalah anaknya?.
No comments:
Post a Comment