RENDANGAN KASIH BAB 18

-JANUARY 2010-



Majlis pernikahan Alisya dan Hairi berlangsung dengan meriah dan sempurna bersama keluarga serta ketiga-tiga anaknya, walaupun ini pernikahannya yang kedua.  Tapi baginya amat bererti kerana itu juga permintaan terakhir suaminya, Idzham.
“Tahniah Rie, Isya. Ternyata jodoh korang masih ada.” Kata salah seorang rakan mereka.

Selesai majlis pernikahan mereka, majlis kesyukuran dilangsungkan pada hari esoknya. Kerana keluarga Hairi keluarga yang berada majlis yang berlangsung begitu meriah sekali. Tapi Alisya tidak dapat melayan tetamu yang hadir kerana kadang-kadang dia harus menyusukan anak-anaknya itu.
“Isya mane Rie?” Tanya Pn Norizah pada anaknya. Selepas mencari di luar rumah dia menuju kepada Hairi.            
“Ada kat dalam bilik la kot mama. Nanti Rie cari.”
Selepas bercakap dengan mamanya Hairi menuju kebilik untuk mencari Alisya. Setelah membuka pintu biliknya Hairi melihat Alisya sedang menyusukan anaknya.
             “Kat sini rupanya. Er..maaf.” kerana terkejut Hairi memohon maaf.
            “Hah? Oh awak. Kenapa?” tanpa mempedulikan Hairi Alisya terus menyusukan anaknya. Dengan Hairi tak ada apa yang dia hendak malukan. Bukannya Hairi tak pernah melihat anggota badannya itu tapi telah diterokai sepenuhnya oleh Hairi sebelum ini.
“Mama cari Isya tadi. Takpe lah abang keluar dulu ya nanti Isya keluar ya.” Hairi pun berlalu. Bimbang nafsunya tak terkawal. Dia teringat pesan ibu mertuanya semalam.

“Nanti jangan kamu terkam pulak Isya tu. Dia belum sembuh sangat tu nanti tak pasal-pasal 
terbukak balik    luka     dia.” Pn Hajar ketawa sambil menasihatkan menantunya itu. Hairi terasa malu kerana ibunya berpesan di depan ramai orang.
“Ish..mak ni, malu la Rie. Saya tahu mak, mak jangan   risau la.” Hairi benar-benar malu pada semua. Melihat abang iparnya disakat ibunya, farisya pula menyampuk.       
            “Aikk mak pulak yang kenekan abang? Terbalik ni,   Merah dah  muka abang tu.” Semua ketawa.

Selesai sahaja majlis di rumah hairi, ibu bapa Alisya pulang kerumah mereka dengan harapan Alisya akan bahagia disamping Hairi. Pn Ainon turut mendoakan kebahagiaan mereka. Bermulalah kehidupan baru buat Alisya bersama Hairi dan anak-anaknya. Sebaik sahaja semua selesai Hairi masuk ke bilik mereka sebaik sahaja mendengar bunyi tangisan anak-anaknya.

            “Kenapa nangis ni? Mana pulak mama ni?” Hairi lalu mengangkat Ain yang sedang menangis, dia mencari Alisya.
             “Isya? Isya kat dalam ke?” jerit Hairi pada bilik mandi mereka. Alisya yang mendengar jeritan Hairi secepatnya keluar.
             “Kejap..nape ni anak mama menangis ni.” Selesai menyalin pakaian Alisya mengambil Ain dari Hairi lalu menyusukan anaknya itu. Hairi terus berlalu menuju ke bilik mandi. Selesai mandi dan bersolat Hairi menuju ke katilnya. Dia melihat alisya yang sedang memeluk Adam. Apabila melihat kedua anak kembar Alisya telah lena tidur dia berbaring di sebelah Adam.

No comments:

Post a Comment