RENDANGAN KASIH BAB 25

-OGOS 2012-


-I-

Barang-barang keperluan sudah habis, selepas pulang dari kerja Alisya menghubungi pengasuh tempat dimana anak-anaknya dijaga.
           “Hello, kak Rose. Isya lambat sikit jemput budak-budak tu     boleh? Ada hal sikit.” Berharap pengasuhnya tidak keberatan.
“Oh okey. Lagipun ada lagi yang tak balik lagi.”
Alisya lega.

Alisya menggunakan kesempatan itu untuk keluar membeli barang-barang keperluannya. Semua barang telah dibeli kecuali satu yang tertinggal. Lalu dia mencari dan terserempak dengan Irzham.
            “Eh..Isya?”
            “A..abang? abang buat apa kat sini?”
            “Beli barang dapur sikit Isya? Budak-budak mane?”
            “Same la..budak-budak hantar nursery. Susah nak bawak kat  tempat ramai orang.”
Irzham tahu susah bagi Alisya membesarkan anak-anaknya sendirian. Dalam tidak terduga timbul perasaan sayangnya pada Alisya.
            “Nak abang tolong ke? Meh sini abang bawak barang- barang.”
            “Eh..takpe la bang. Menyusahkan abang pulak. Takpe isya   dah biasa.”
            “Takpe..takpe..biar abang tolong.”
Setelah mengambil dari Alisya, Irzham membawa semua barang-barangnya dan dimasukkan ke kereta Alisya. Alisya malu pada Irzham.
            “Abang nanti kirim salam kat pakcik ye..ada masa Isya bawak budak-budak kerumah.”
Sebelum berpisah Irzham mendapatkan nombor Alisya kerana ketika dirumahnya dia malu pada ayahnya.

Sejak dari hari itu, hubungan mereka semakin erat. Irzham mula jatuh hati pada Alisya namun dirahsiakan bimbang takut tak berbalas kerana dia abang kembar kepada arwah suaminya baginya mungkin Alisya menganggapnya sebagai abang sahaja.








-II-

Hari ini hari lahir  Adam, genap usia Adam empat tahun. Hairi yang terlalu sibuk dengan kerja langsung tidak mengingatinya. Sementara memunggu Adam pulang dari sekolah, Pn Norizah bersama Zarith sedang sibuk menyiapkan majlis harijadi buatnya. Walaupun masih berusia empat tahun namun Adam telah dihantar ke sekolah memandangkan dia satu-satunya waris keluarga itu kerana Zarith tidak dapat memberikan zuriat pada Hairi lagi.

“Mama yang ni zarith letak sini ye.” Sambil meletakkan barang-barang untuk sambutan hari jadi Adam. Walaupun dua tahun telah berlalu, namun Pn Norizah masih bersikap dingin terhadap menantunya itu.
 “Takkan benda tu pun nak tanya mama.” Sindirnya lagi. Selama dua tahun, zarith bersabar namun ibu mertuanya itu tetap tidak membuka pintu hatinya untuk menerimanya kerana peristiwa lima tahun lalu.

“Hello Rie, mama ni..kamu ingat hari ni hari jadi Adam tau. Balik awal sikit.” Pesan ibunya. Hairi benar-benar terlupa. Dengan segera dia keluar untuk mencari hadiah kepada anaknya itu. selepas mendapatkan hadiah untuk anaknya Hairi menunggu untuk membuat bayaran.
 “Eh. Hairi?” tegur juruwang yang bertugas. Hairi terkejut.
 “Irma?” ternyata dia mengenali perempuan itu. Irma Aina pernah menjadi kekasihnya suatu masa dahulu.
 “Kenal lagi kite, ingat dah lupa. Beli hadiah untuk sape ni?” tanya Irma lagi selepas siap membuat pembayaran.
 “Oh..untuk birthday anak.” Balasnya lagi. Irma terkejut mendengar. Rupa-rupanya hairi sudah berkahwin.
 “Wah? Biar betol, bila kahwin? Dengan isya ke?” tanya Irma kerana suatu masa dulu mereka pernah bertemu. Hairi terdiam sementara, bila mendengar nama Alisya pasti dia akan teringatkan Alisya.

            “Takpe la Irma, saya dah lambat ni. Nanti jumpe lagi ye.” Hairi terus berlalu dengan tergesa-gesa. Irma kehairanan.

No comments:

Post a Comment