RENDANGAN KASIH BAB 26

-SEPTEMBER 2012-



-I-

Irzham singgah dirumah Alisya memandangkan dia lalu berhampiran rumahnya. Hajatnya untuk melihat kedua-dua anak saudaranya itu. dia tidak lupa singgah membeli sedikit buah tangan sebelum kerumah Alisya. 
“Assalamualaikum.”
Mellihat kereta Alisya ada dirumahnya jadi dia memberi salam.
        “Waalaikumsalam.. eh abang? Kejap ye.” Terkejut melihat Irzham Alisya terus mencari kunci membuka pagar rumahnya, maklumlah hanya mereka bertiga sahaja dirumah itu tanpa seorang lelaki, Alisya perlu berwaspada selalu.
“La abang ni, apesal tak cakap nak datang. Maafla rumah   kami selalu berkunci.” Tegas Alisya lagi.
“Takpe, abang faham.. kebetulan abang ade kerja  dekat-dekat sini tadi. Tu yang singgah 
nak tengok budak-budak. Ni ade buah tangan sikit.”
Selepas dijemput masuk kedua anaknya gembira sekali dengan kedatangan Irzham.
“Aiman dan Ain buat ape ni?”
Irzham turut sama bermain dengan mereka.
“Isya kedapur buat air jap ye.”
“Ehh..takpe,takpe tak payah susah-susah. Abang singgah     kejap je ni.”
“Takpela, tak susah pun.”
Selepas melihat mereka alisya menuju kedapur.

Tanpa mereka sedar, ada mata yang tidak puas hati memandang. Kerana Alisya seorang yang cantik, kebanyakan jiran-jirannya tidak menyukainya kerana suami mereka sering melirik kepadanya. Walaupun Alisya cuba berbaik dengan jiran-jirannya namun ada segelintir yang tidak senang kehadirannya memandangkan dia tiada bersuami. Bila melihat seorang lelaki masuk kerumahnya, mereka segera menghubungi pegawai Agama Islam. Selepas menerima aduan, pihak tersebut tiba dirumahnya secepat mungkin.

“Assalamualaikum.” Salah seorang pegawai memberi salam. Alisya keluar
“Waalaikumsalam. Ya? Ada ape Encik?” tanya Alisya.
“Kami menerima aduan yang kamu bersekedudukan dengan             seorang lelaki.”
Selepas itu Irzham muncul.
“Tapi kami tak buat apa-apa cik” terangnya.
“Encik boleh jelaskan nanti, sila ikut kami”
alisya benar-benar tidak menyangka perkara ini terjadi. Atas arahan pegawai itu, Alisya bersama anaknya pergi ke pejabat Agama bersama-sama Irzham.

“Encik, takkan kami nak buat benda bukan-bukan. Encik  sendiri tengok kan ada budak 
bersama kami, saya datang tengok anak-anak saudara saya bukan nak buat benda         
bukan-bukan.” Terang Irzham.
“Walaubagaimanapun, kamu salah kerana berdua-duaan
walaupun ada anak-anak tetapi mereka masih kecil dan tak
tahu apa-apa dan itu tidak dikira. Memandangkan kami harus mengikut prosedur, kamu 
diberi pilihan samaada untuk bernikah atau denda setiap seorang.” Pegawai yang bertugas memberi mereka pilihan. Alisya dan Irzham kebingungan serta malu kerana mereka dengan tidak semena-mena ditangkap khalwat. Walaupun mampu membayar denda tetapi maruah lebih penting.
“Memandangkan kami dah kena aib ni, saya akan nikah dengan dia.” Irzham mengambil keputusan itu. alisya terkejut.
“Abang?”
Mereka dibebaskan dengan jaminan namun perlu ke mahkamah untuk perbicaan kes itu nanti. Entah bagaimana dia akan jelaskan pada ayahnya nanti. Sepanjang perjalanan Alisya hanya diam, dia benar-benar tidak menduga perkara ini terjadi dan Irzham telah bersetuju menikahinya. Kenapa Irzham setuju untuk menikahinya? Pelbagai persoalan timbul dalam kepalanya. Masing-masing senyap membisu, perasaan malu mula bersarang.
            “Ikut abang balik rumah ayah ye.” Setelah sekian membisu, Irzham bersuara.
“Err.. Tapi..”
 “Kita balik kemas-kemas barang dulu baru pergi.” Sambung Irzham lagi. Alisya hanya diam.

Selesai mengemas barang-barangnya, Alisya menyerahkan kunci kepada pemilik asal rumah itu.
“Akak, ni kunci rumah. Saya akan pindah.”
“Kenapa tiba-tiba ni? Nanti akak bagi balik deposit.” Selepas mengembalikan deposit kepada Alisya, tuan rumah mengunci rumah itu.
“Mungkin orang kat sini tak suka Isya kak. Terima kasih bagi Isya sewa rumah akak ye.” Selepas itu, Alisya berlalu. Walaupun barang-barangnya banyak mujurlah tiada masalah. Setengah barang dimasukkan dalam kereta Irzham dan setengah  lagi dalam keretanya. Anaknya Aiman turut mengikut Irzham hanya Ain yang mengikutnya.

Setibanya dirumah En Zaidi, Irzham mula resah. Bagaimana dia nak jelaskan pada ayahnya nanti.
“Eh Isya? Cucu-cucu atok pun ada sekali. Naiklah” pelawanya yang memang sedang menunggu kepulangan Irzham yang keluar dari petang sampai malam baru balik. Alisya malu hendak berdepan dengan lelaki itu.
“Err.. ayah, Ham ada bende nak cakap sikit.”
Belum sempat mereka naik, Irzham terlebih dulu mendapatkan ayahnya. Sementara barang-barang dibiarkan dulu dalam kereta.
            “Cakap la. Ni yang kamu keluar pergi mana tiba-tiba bawak balik Isya dan budak-budak 
              ni?”
sambil memandang alisya dan Irzham. Alisya tunduk malu.
“Err.. tadi Ham pergi rumah Isya niat nak jumpe budak-budak ni. Lepas tu..” Irzham terdiam.
“Hah lepastu ape?” segah ayahnya pula.
“Kami kena tangkap khalwat ayah.. tapi sumpah kami tak ade buat ape-ape.” Terang Irzham semoga tidak dimarahi ayahnya. Terkejut mendengar,
 “Astarfirlahalhazim.. kenapa boleh sampai jadi macam tu Ham? Isya? Keluarga kamu dah 
tahu?”
alisya mula menangis. Irzham terdiam.
“Takpelah.. macam yang ayah pernah cakap, perancangan Allah kita tak boleh duga. 
Mungkin ada hikmah di sebalik  semua ni.” En Zaidi menerima dugaan itu dengan redha.

Selepas mengambil semua barang di dalam kereta, Irzham menyimpan semua dalam biliknya.
“Mulai hari ni, Isya tidur la dalam bilik ni. Rumah ni dah jadi rumah Isya jugak” Alisya hanya diam. Pertemuan yang tidak diduga akhirnya telah menyatukan dua hati yang saling tidak mengenali kerana itulah yang dikatakan jodoh pertemuan, kerana ianya di tangan Tuhan. Walau sejauh mana kita berada akan bertemu juga. Namun begitu mampukah cinta berputik pada insan yang tidak dikenali walaupun akan bergelar suami padanya?





-II-

Walaupun sudah dua tahun berkahwin dengan Hairi, kehidupan Zarith Nalia diuji dengan pelbagai dugaan kerana Pn Norizah, ibu mertuanya masih juga tidak dapat menerimanya. Walaupun layanan dingin namun dia tetap bersabar kerana bersama dengan Hairi adalah kemahuannya. Mujurlah Adam ada kuranglah benci wanita itu padanya. Setiap kali memandang Adam dia akan teringatkan Alisya, walaupun dugaannya berat namun pasti berat lagi yang ditanggung Alisya. Biarpun Alisya tidak dapat dihubungi namun dia masih berharap dapat bertemu kembali dengannya.

“Kenapa termenung tu?” sapa Hairi sebaik sahaja melihat isterinya itu termenung. Entah apa yang difikirkannya. Walaupun masih menyayangi Alisya namun perasaan kasih terhadap Zarith semakin lama semakin sayang kerana telah bergelar isteri padanya.

“Abang, takdelah..” dia cuba merahsiakan bimbang jika menyebut kembali nama Alisya pasti Hairi akan teringatkannya kembali. “Awal abang balik?” biarpun jam baru menunjukkan pukul tiga petang, namun Hairi telah pulang.

“Abang sengaja balik awal ni sebab nak bawak awak dan Adam keluar, dah lama tak keluar 
sama kan?” balas Hairi, kerana kesibukan kerja membuatkan dia mengabaikan anak dan isterinya.

“Yeke? Bagusla Adam mesti happy dapat jalan-jalan.” Zarith begitu teruja. Walaupun layanan ibu mertuanya dingin terhadapnya namun Hairi masih menyayanginya walaupun kebahagiaan yang kini dimilikinya diatas pengorbanan orang lain. Dia sedar dia telah membina kebahagiaannya diatas kedukaan orang lain. “Maafkan aku Isya” bisik hatinya.

Pada petang itu Hairi membawa mereka sekeluarga ke taman dan pantai. Melihat kegembiraan jelas terpancar diwajah Zarith. Dia tahu Zarith pasti terseksa berada dirumah kerana ibunya masih tidak dapat menerimanya lagi.


“Papa..ibu, Adam nak aiskrim..nak tu.” Rengek Adam. Walaupun masih berusia empat tahun namun Adam seorang yang pintar. Sepanjang hari mereka bertiga menghabiskan masa bersama.

No comments:

Post a Comment