-OCTOBER 2008-
Loceng rumahnya berbunyi. Siapa pulak yang datang? Bisik hatinya memandangkan mereka jarang menerima tetamu selain Hani, jika Hani tak mungkin kerana bekerja. Alisya meletakkan adam dalam buaiannya dan dia membuka pintu.
“Eh, zarith? Masuklah.” Jemput alisya. Tidak menyangka zarith nalia yang datang.
“Hai..Nah, ada hadiah untuk baby comel tu.”
Dengan gayanya yang manja betul-betul buat alisya menyampah.
“Duduk la ya, jap saya buat air.”
Alisya membiarkan zarith dan adam. Lalu dia kedapur untuk membuat air dan kuih untuk mereka.
“Tak kerja ke?” selepas menyediakan makanan dan minuman alisya memulakan perbualannya.
“Saya baru balik dari hospital,jadi singgah sini kejap nak tengok adam.” Balasnya. Alisya semakin hairan, selalu sangat zarith ke hospital sakit apa dia?
“Awak sakit apa sebenarnya? Selalu sangat ke hospital tu?” alisya mula menyiasat.
“Tak terok pun,” Sambil tersenyum. “Seriusly saya ingat awak dengan Hairi.” Sambungnya lagi, mendengar nama Hairi alisya terdiam.
“Dahlah, taknak cakap pasal hairi lagi.ya. lagipun bukan awak dengan hairi ke?” tambah alisya. Zarith terdiam.
“Lepas Hairi tahu kita jumpa, dia teros marahkan saya. Then kiteorang lost contact.” Terang zarith lagi. Akhirnya alisya membuka hatinya untuk memaafkan wanita itu dan sejak dari itu, alisya semakin mesra dan rapat dengan zarith.
Setiap hari zarith selalu melawatnya dan adam. Dari cara zarith mendukung adam sepertinya dia telah biasa dengan bayi, alisya teringat pada kata-kata zarith waktu itu yang dia mengandungkan anak Hairi. Alisya benar-benar ingin tahu.
“Kalau saya tanya awak jangan marah ya.” Selepas mendapat keizinan dari Zarith dia terus menyambung pertanyaannya.
“Bukan awak pernah cakap awak mengandung kan hari tu? Macam mana ya?” alisya ingin tahu. Wajah Zarith berubah.
“Yang sebenarnya..saya telah abbort baby tu. Bodoh kan saya? And now saya terpaksa
tanggung akibat dari kebodohan saya tu.”
Alisya semakin kesiankan zarith, rupa-rupanya dia telah menggugurkan kandungannya.
“Akibat? Maksud awak?” alisya tidak mengerti. Zarith masih lagi diam memandang adam.
“Awak beruntung. Ada suami penyayang dan adam, tapi saya tak mungkin dapat
semua ni.” Selepas seketika dia menyambung ayatnya kembali.
“Saya dah tak boleh mengandung lagi, akibat saya dah buat banyak kali abbortion.” Kemuadian dia menangis. Alisya bersimpati. Tapi bila di fikirkan balik dah tak ada makna lagi untuk alisya membenci wanita itu.
No comments:
Post a Comment