-FEBUARY 2010-
Sejak dari mereka berkahwin Hairi selalu keluar malam dan akan pulang bila semua telah tidur.
“Kamu nak kemana pulak tu Hairi.” Tanya ibunya Pn Norizah. Selesai sahaja makan Hairi akan bersiap untuk keluar. Ibubapanya semakin pelik dengan sikap anak lelaki mereka itu, walaupun sudah beristeri namun perangainya tetap seperti waktu masih bujang. Alisya yang sedang menyuapkan Adam hanya melihat tanpa berkata apa-apa.
“Rie keluar jumpa kawan-kawan jap ma. Adam,papa keluar kejap ya.”
Selepas mencium pipi Adam, Hairi berlalu pergi.“Apa nak jadi la dengan Hairi ni, kamu tak larang dia ke?” Pn Norizah bertanya pada Alisya. “Erm..tak pe la mama, biarla abang Hairi nak keluar mesti dia bosan duk rumah.” Jawab Alisya. Walaupun mahu sahaja dia memarahi Hairi tapi dia hanya menyimpan perasaannya itu.
“Kamu tak risau dia jumpa perempuan ke?” Pn Norizah sengaja menduga. Alisya terdiam. Itu lah yang paling ditakutinya. Sedangkan dulu pun Hairi pernah curang padanya inikan pula sekarang.
No comments:
Post a Comment