RENDANGAN KASIH BAB 1

-NOVEMBER 2007-



Sebuah perodua myvi bewarna kuning kelihatan dipandu laju menghala ke selekoh lalu hilang kawalan dan terbabas di birai jalan. Bunyi bising pada siren mengejutkan penghuni berhampiran. Pn Ainon bersama dua anaknya keluar untuk melihat kejadian itu.
                “Zham, bunyi macam ada orang kemalangan. Mari kita  tengok, mana tahu boleh tolong.” Ajak Pn Ainon kepada anak lelakinya, Ahmad Idzham. Melihat kemalangan itu, Idzham segera menghubungi ambulance dan bomba bagi mengeluarkan mangsa.

Beberapa minit kemudian pasukan penyelamat tiba, dan Idzham terkejut melihat seseorang yang dikenalinya.                               
              “Macam isya? Tak mungkin...”
Idzham terus mengikutnya ke hospital, Pn Ainon turut bersama mengikut Idhzam atas dasar prihatin.
“Anda keluarga pesakit?” Tanya Dr Vimalla yang merawat mangsa kemalangan itu.
“Erm..ya saya,macam mana keadaannya doc?.” Tanpa berfikir panjang Idzham terus mengiyakan saja. Ibunya Pn Ainon turut terkejut dengan jawapan spontan anak lelakinya itu.

“Macam ni, keadaan patient kritikal dia kehilangan   banyak darah. Kami mengesan terdapat kesan hentakan   di  kepalanya akibat kemalangan itu, besar kemungkinan patient   akan mengalami amnesia.” Terang Dr Vimalla dengan teliti. Idzham terkejut mendengarnya. Pn Ainon semakin pelik dengan sikap anaknya itu.                      
“Amnesia doc? Ya Allah isya.” Idzham cuba menenangkan dirinya.  
“Tapi ia tidak kekal,hanya sementara. U kena banyak bagi support kat dia. By the way, kandungannya selamat. Better   take good care of her ya.”

Kandungan? Isya mengandung? Dah kahwin ke dia? Idzham kebingungan. Hatinya kesal mendengarnya.   
“Kenapa ni zham? Kamu risau sangat. Idzham   kenal dia?” Sebaik sahaja Dr Vimalla pergi, Pn Ainon segera mendapatkan idzham yang melihat Alisya.                                           
“Zham kenal dia ibu.” Idham terdiam seketika. Pertemuannya dengan Alisya pada pertama kali telah membuat hidupnya tak keruan, alisya telah mencuri hatinya. Alisya seorang gadis ayu, lemah lembut memang akan membuat sesiapa sahaja jatuh hati padanya. Walaupun pada saat itu, Alisya adalah kekasih kepada rakan baiknya, Hairi. Jika dibandingkan dengan Hairi, Hairi mempunyai semua ciri-ciri lelaki idaman setiap perempuan. Seorang lelaki yang macho dan romantic.
           
“Kalau macam tu, zham dah call family dia?” Pn Ainon bertanya. Memang benar dia mengenali alisya tapi dia tidak mengenali keluarga Alisya. Bila teringatkan hairi, idzham terus menghubungi Hairi namum gagal. Akhirnya dia ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan kemalangan itu secara tak langsung pihak polis telah menghubungi keluarga Alisya.

Beberapa minit kemudian, En Sulaiman dan Pn Hajar sampai. 
           “Assalamualaikum..saya ayah dan ibu Alisya. Macam  mana boleh jadi ni?”Tanya En Sulaiman bapa kepada Alisya.
            “Wa’alaikumsalam..dia kemalangan pak cik.” Masing-masing bersalaman. Idzham menerangkan keadaan Alisya, ibunya tak henti-henti menangis risaukan anaknya itu.

Alisya koma selama dua minggu, dan selama itu juga Idzham extend cutinya untuk menjaga Alisya walaupun ibubapanya ada.                     
“Makcik, dah dua minggu isya koma. Suami dia  mana? Tak datang ke?” idzham meneka untuk kepastian. Sama ada alisya benar-benar sudah berkahwin ataupun tidak. Jika tidak anak yang sedang dia kandung itu anak siapa?                                         
“Suami? Isya belum nikah lagi zham. Kenapa   tanya pasal suami pulak ni?” ternyata alisya belum berkahwin.      
“Oh..yeke? eh..takde la makcik saya tanya je. Ingatkan isya dah kahwin risau kalau-kalau nanti suami dia marah saya  datang selalu.” Idzham cuba menenangkan suasana. Ternyata alisya belum bersuami.

Sepangjang hari idzham cuba memikirkan perkara itu. Bagaimana keadaan alisya bila dia sedar nanti? Sedangkan kini alisya kemungkinan akan amnesia dan  itu akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Zham,sampai bila kamu nak cuti ni? Selalu sangat pergi  hospital tu. Macam mana keadaan budak perempuan  tu?” Tanya Pn Ainon. Puas dia menasihati anaknya agar kembali bekerja kerana telah lama mengambil cuti.                                     
“Esok Zham balik la ibu. Erm..belum sedar lagi. Ibu, kalau zham nak minta sesuatu boleh tak?” perlahan-lahan dia memulakan bicara dengan ibunya. Dia tahu Pn Ainon pasti tidak setuju nanti bila dia menyatakan hasratnya.
“Zham nak kahwin  boleh?” idzham bersuara.
“Ya Allah, Alhamdulillah. Akhirnya terbuka juga hati anak ibu nak kahwin,  siapa gadis bertuah tu? Nanti    ibu       masuk meminang.” Pn Ainon amat gembira mendengar hal itu. Memang telah lama dia menginginkan anak lelakinya itu berkahwin.

“Er..dengan Isya bu.” Jawabnya lagi.
“What? That girl? Bukan dia dah kahwin ke? Kamu   jangan zham.” Terkejut mendengar nama Alisya. Pn Ainon menyangka alisya telah berkahwin kerana ketika di hospital doctor mengesahkan dia mengandung.                                             
“Isya belum kahwin ibu. Kalau zham kata tu anak zham ibu boleh terima isya?”
“What?” Pn Ainon tersentak dengan pengakuan idzham. Setelah dipujuk akhirnya Pn Ainon akur dengan permintaan anaknya itu.

No comments:

Post a Comment