-OCTOBER 2007-
Sebulan sebelumnya..
“SAYANG..kita keluar malam ni ya.”
Alisya menerima satu pesanan ringkas dari Hairi. Mimpi apa mamat ni,bisik hatinya. Setelah beberapa minggu menyepikan diri tapi hari ni muncul bersayang-sayang. Alisya masih marah dengannya. Lalu mendial nombor hairi.
“hello,apa sayang-sayang? Oh ingat lagi rupanya kat saya ingatkan dah lupa.” Marah alisya.
“mak ai..garangnya sayang ni? Datang bulan eh?” hairi mengusik. Marah lagi alisya padanya.
“suka hati lah datang bulan ke bintang ke, kenapa cari saya, pergi ah kat kenkawan awak tu.” Bila hairi bersama kawan-kawannya, alisya langsung tidak dipedulikannya.
“okay-okay, saya salah. Maaf sayang. Malam ni kita keluar ya. Please.” Sedaya upaya hairi cuba memujuk alisya. Walaupun jarang meluangkan masa dengan alisya tapi hairi amat menyanyanginya.
“Baiklah,tapi kalau awak mungkir,kita putus!”
walaupun alisya sayang pada hairi tapi kadang-kadang sikap hairi yang jarang mempedulikannya membuat alisya selalu terasa terabai.
Setelah dipujuk, akhirnya hairi Berjaya mendapat kepercayaan alisya. Tepat jam 9.00pm hairi tiba di rumah sewanya. Bunyi hon kereta hairi mengejutkan seluruh penghuni rumah itu. “ha isya, tu dah sampai dah abang sayang kau.” Usik Raihana,rakan sebilik alisya. Dengan tergesa-gesa alisya keluar.
“amboi, tak sabar-sabar eh?” marah alisya.“belum sempat make-up pun lagi” sambungnya.
“ala sayang, isya tak make-up pun lagi lawa tau.” Puji hairi. Memang alisya cantik tanpa make-up padanya. Kulitnya yang dah sedia gebu,putih dan licin pasti membuatkan sesiapa sahaja tertawan.
Hairi menebus segala masanya yang terabai dengan alisya, dia menbawa alisya bersiar-siar dan keluar makan. Alisya bahagia disamping hairi. Pada keesokannya hairi mengajak alisya ke rumahnya.
“sayang, malam ni kita kerumah abang nak? Boleh kenal- kenal dengan mama dan papa abang ok.”
Walaupun perkenalan mereka baru berusia lima bulan, hairi telah mengajak alisya berjumpa orang tuanya. Pada mulanya alisya menolak namun setelah dipujuk hairi alisya akhirnya bersetuju.
Setibanya dirumah hairi, rupanya seluruh keluarganya tiada dirumah. Puas mereka mencari tetapi tiada seorang pun di rumah.
“isya, apa kata isya tidur sini? Takde orang pun kat rumah.” Hairi cuba mengajak alisya untuk bermalam dirumahnya.Walaupun dia takut tapi alisya menerima pelawaan hairi.
“habis isya nak tidur mana?” melihat hairi alisya seakan dapat meneka niatnya.
“tidur dalam bilik abang la.” Terkejut alisya mendengarnya, tapi kerana percaya pada hairi dia menerima. Mereka akan tidur diatas katil yang sama. Selesai alisya mandi hairi tergoda dek keayuan susuk tubuh badan alisya, dia cuba mengawal emosinya. Lama kelamaan nafsunya tidak tertahan lagi akhirnya mereka kalah dengan godaan nafsu.
No comments:
Post a Comment