-APRIL 2010-
Raihana menghubungi Alisya kerana sudah lama mereka tidak bertemu, memandangkan dia mendapat cuti panjang dia telah pulang bercuti ke kampung. Dia benar-benar tidak menyangka bahawa Alisya berkahwin dengan Hairi walaupun dengan perangai Hairi yang kaki perempuan itu. Raihana mendial nombor Alisya. “Hello, assalamualaikum Isya? Kau buat ape tu? Aku mengganggu ke?” tanya Raihana. Menerima panggilan dari sahabat karibnya itu benar-benar menggembirakan Alisya. Sudah lama dia tidak bertemu rakannya itu.
“Waalalaikum’salam Ana, lama kau tak call aku. Aku camni je la kerja, jaga anak-anak
aku. Kau apa cerita ni?” tanya Alisya. “Rindu aku kat kau and Adam, kau dapat twins kan? Ada masa aku jumpa kau eh.”
Selepas selesai bercakap dengan Alisya, Raihana terus bersiap untuk pulang ke kampung.
Jam menunjukkan pukul 8:30 malam dan bas yang dinaiki Raihan akan bertolak sebentar lagi. Semua kerusi penuh hanya tinggal kerusi di sebelahnya sahaja yang kosong.
“Takkan aku sorang je?” bisik hatinya. Seorang lelaki yang dalam keadaan tergesa-gesa sempat menaiki bas itu dan mencari tempat duduknya. Raihana yang telah menutup mukanya dengan tuala tidak perasan lelaki itu disebelahnya.
“Hello mak, Am dalam bas dah ni, nanti Am call mak lagi ya.”
Raihana mendengar perbualan lelaki itu lalu membuka tualanya.
“Er..saya buat awak sedar ke? Maafkan saya.” Lelaki itu memohon maaf kerana telah mengejutkannya.
“Oh nevermind. Its okey lagipun tak tidur sangat pun lagi.” Raihana menjawab kepada lelaki yang dalam lingkungan lewat 20-an itu. “Saya Hamri. Panggil Am je. Awak?” Kenal Shahril Hamri kepada Raihana.
“Panggil Ana je.” jawab Raihana lagi
Sepanjang perjalanan mereka banyak bersembang diam tak diam Shahril Hamri telah jatuh hati pada Raihana. Sebelum mereka berpisah dia sempat meminta nombor talifon Raihana.
“Ana!” sergah Ridzwan, abang sulung Raihana. “Kau in dah kenapa? Sejak balik tadi tersengeh-
sengeh macam kerang busuk, kerang sengeh pun tak macam ni tau.” Usik abangnya lagi. Raihana hanya tersipu malu.
“Ni tak lain mesti angau ni, same je macam kamu belum kahwin dulu.” Ibunya Pn Nor pula yang menyakat kedua-dua anaknya itu. Ridzwan hanya tersenyum kepada isterinya, Melisa.
Raihana terus menuju kebiliknya lalu menghubungi Alisya. Kepada Alisya dia bercerita.
“Tak lama lagi boleh lah nak rasa nasi minyak kau pulak Ana.” Usik Alisya padanya.
“Isk kau ni. Kesitu pulak.”
Masing-masing ketawa. Sedang mereka bersembang Raihana menerima satu lagi panggilan.
“Isya, ada orang call la, aku call kau balik ya.”
Selepas mematikan perbualan dengan Alisya, Raihana menjawab panggilan itu, kerana tiada nama dia tidak tahu siapa yang menghubunginya.
“Er..Hello? Assalamualaikum” Raihana terlebih dahulu bersuara.
“Waalaikum’salam, kenal tak sape?” tanya lelaki itu, dari suaranya Raihana yakin itu adalah Hamri.
“Am kan?” dia cuba meneka walaupun dia yakin siapa lelaki itu.
“Kenal jugak eh. Dah sampai rumah ke?” semakin hari hubangan mereka semakin erat.
“Tak keluar ke?” tanya Melisa kakak iparnya.
“Kawan-kawan Ana semua kerja kak.” Jawabnya.
“Ni berapa lama cuti?” tanya Melisa lagi. Sedang Raihana berbual-bual dengan kakak iparnya satu SMS diterima.
“Pakwe ke?”
Raihana tersenyum.
“Tak lama lagi boleh menantu la mak. Cepat-cepatla kahwin tak sabar nak timang baby Ana ni.”
Walaupun usia perkahwinan Abangnya telah lebih lima tahun tetapi mereka masih belum di kurniakan seorang cahaya mata. Raihana turut bersimpati pada Melisa lalu dia cuba tenangkannya.
“Akak, sabar ya. Tak nak la cakap pasal ni lagi ya.”
Raihana tahu perasaan Melisa, mujurlah abangnya bukan jenis yang terburu-buru walaupun pernah Melisa menyuruhnya berkahwin seorang lagi.
Keesokannya Raihana mengajak Melisa ke rumah Alisya, dia berharap Melisa akan gembira jika dapat melihat anak-anak rakannya itu.
“Akak, jom ikut Ana. Pergi rumah kawan Ana jap.”
Raihana membawa hadiah bersamanya.
“Assalamualaikum..”
melihat kereta Alisya dan Hairi masing-masing ada di rumah Raihana lega kerana dia tidak memberitahu Alisya bahawa dia akan melawatnya.
“Waalaikum’salam..Eh, Ana? Kenapa tak cakap nak datang?” marah Alisya.
“Saja nak bagi kejutan. Nak tengok twin boleh?”
Melisa terkejut mendengarnya patutlah Raihana membawa hadiah rupanya dia mahu melihat baby.
“Comelnya.”
Melisa melihat kedua-dua anak Alisya, teringin dihatinya untuk memiliki anak. Alisya memberikan anaknya untuk didukung Melisa.
“Untung Isya, dah tiga dah anak, akak ni lima tahun kahwin tapi tak dapat sorang pun lagi.” Melisa mengeluh. Alisya bersimpati, begitu susah payah orang inginkan zuriat, tapi dia sebaliknya pula.
“Lama tak jumpa kau Ana.” Hairi muncul bersama Adam.
“Aku pun. Amboi Adam dah sombong dengan untie dah ya.” Sambil mencubit pipi Adam.
“Kau buat apa dengan Adam ni? Aku tengok dah sebijik muka kau dah Rie.”
Memang tak dinafikan semakin Adam membesar dia semakin mirip dengan Hairi.
Pulang dari rumah Alisya, Melisa gembira sangat kerana dia dapat medukung bayi walaupun bukan anaknya sendiri. Ridzwan pelik dengan perangai isterinya yang begitu gembira sekali.
“Awak ni pergi mana? Balik happy semacam je.” Usik Ridzwan pada isterinya. “Ana? Kau
buat apa kat bini abang ni?” selepas Melisa berlalu Ridzwan melihat Raihana.
“Ana tak buat apa-apa lah. Tadi Ana bawak kak Ely tengok baby kawan Ana.” Raihana menjawab sambil tersenyum.
“Oh..patutlah Ely happy.” Barulah Ridzwan tahu punca isterinya gembira sangat
No comments:
Post a Comment