RENDANGAN KASIH BAB 9

-SEPTEMBER 2008-


Sudah hampir dua bulan alisya di kampung.  
“Zham ada call kamu tak?” Pn Hajar bertanya. Alisya hanya menggeleng. Dia tahu Alisya sangat merindui suaminya. Kerana alisya hanya memegang talifonnya sahaja sepanjang hari. Mereka gembira alisya dapat menerima Idzham walaupun setelah Alisya pulih.

Tiba-tiba talifonnya berbunyi, namun bukan suaminya yang menalifonnya.
             “Tu, suami kamu ke?” tanya Pn Hajar lagi.    
            “Bukan mak, tak ada nama pulak.”
Setelah menjawab pertanyaan maknya alisya menjawab panggilan itu.                      
            “Hello? Siapa ya?” tanya alisya.                               
            “Hello, isya. Its me, zarith. How are you isya?”
mendengar nama zarith, hatinya berdebar. Benci dan marah pada perempuan itu masih membara namun sedaya upaya dia menahan.

Selesai bercakap dengan zarith, alisya mendapatkan adam. Sementara suaminya belum datang menjemputnya dia banyak menghabiskan masa di rumah keluarganya.

No comments:

Post a Comment